Aktiviti hari cuti lagi, mencuba cheese powder yang sedap ni. En. Nazir ni memang suka sangat makan cheezy wedges kat KFC tu. selalunya kalau beli mesti dia request extra cheese. Jadi kebetulan Ebby, kawan fb ada jual cheese powder, saya pun tak lepaskan peluang nak mencuba. Harga sebungkus RM15 (200gram), saya beli 2 bungkus sekaligus.
Tengahari tu, saya goreng ayam dengan tepung kentucky untuk dimakan bersama cheese powder dan buat coleslaw sikit.
Ni la cheese powdernya..
Cara nak menghidangnya..
Masukkan ke dalam mangkuk..
tuangkan air panas ke dalam mangkuk tadi dan gaul 🙂
dan inilah hasilnya.. 🙂
Ni bila ayam goreng kentucky dan coleslaw dah bergabung meletupppsss dalam satu pinggan untuk dicicah bersama cheese powder yang dah siap diadun.
Pendapat kami:
Cheese powder ni sedap, rasa sebijik macam yang KFC punya.. En. Nazir memang suka.. nanti nak try buat homemade cheezy wedges pulak.. 🙂
Thanks to Ebby, next time kalau nak beli lagi akak contact Ebby ya. Sesiapa yang teringin nak cuba bolehlah jengah blog Ebby 🙂
Wah nampak menarikkk lapar dptg hariii
hehehehe..akk pn trase lalu kt tkak ni..hehehe