Kebaikan Membedung Bayi

Info Sharing My Hero Kechik - Ilham Syahmi Parenting

Saja nak share kebaikan membedung bayi sebab saya sangat suka membedung hero kechik saya tu. Rasa dia selamat je kalau berbedung πŸ™‚ Terpulanglah pada pendapat masing2, saya hanya memikirkan kebaikan kalau kita bedungkan bayi. Almaklumlah, dia baru je nak sesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Kat bawah ni saya ada google gambar cara2 membedung bayi. Tapi saya punya cara tak sama macam ni, lain sikit je bila sampai step D. Apa pun nawaitunya tetap sama, nak membedung πŸ˜‰

 

Antara kebaikan2 membedung bayi yang boleh dititik beratkan ialah seperti berikut:

  • membantu bayi tidur lebih lena (memang lena je kalau Ilham kena bedung)
  • meluruskan kaki bayi (orang tua2 kata nak elak kaki pengkar ;))
  • mengelakkan dari bayi terkejut dan tersentak akibat bunyi bising sekeliling mereka (ni..saya sangat setuju)
  • membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa – bayi merasa hangat seperti didalam kandungan ibunya (9 bulan duduk dalam rahim ibu..of kos dia rasa selesa dan selamat..yang penting bayi sukakan kehangatan)
  • mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sekiranya tidak dipakaikan sarung tangan (Ilham sekarang suka hisap jari kalau tak pakai mitten..kalau pakaikan pulak dia akan hisap mitten sampai basah..jadi bedung cara terbaik mengelakkan dia hisap jari jemari domok dia tu)
  • mengelakkan selimut biasa menutupi muka bayi yang boleh menghalang bayi untuk bernafas dan mengakibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)Β atauΒ Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut. (yang ni saya sangat takut.. minta dijauhkan.. info pasal SIDS saya akan share next entry)
  • Nak tengok betapa lenanya tidur hero kechik saya bila di bedung? Nahhhhh.. πŸ™‚

     

    09102011(010)

    Ilham masih lagi tabah dibedung dek umminya.

    Sekarang agak payah sikit nak bedung kalau dia belum lelap tak macam masa sebulan dulu dia redha dan pasrah je hehe. Selalunya time dia dah lalok2 mata dah layu2 saya akan cepat2 bedung.. tapi bila dia dah terjaga dari tidur dan sedar dia dibedung maka menjerit serata alam la dia hehehe. Haaa.. nak share lagi satu sebab ramai yang bertanya mana saya beli kain bedung tu. Kain bedung tu saya beli kat Danita Maternity Online Store memang puas hati sebab kainnya lembut dan lebar. Saya beli 3 helai warna turqoise, hijau dan purple plain sehelai harganya RM15. Next baby kalau ada rezeki nak cari yang corak2 pulak πŸ˜‰

    Sampai bila saya nak bedung Ilham? Sampai dia tak nak.. boleh gitu? πŸ˜‰

    Related Posts

    10 thoughts on “Kebaikan Membedung Bayi

    1. sampai dia tk nk la. fakhri pun berbedung sampai dia tknk. mmg susah sket bila dia da kuat, asik tanak bedung je. tp kene buat selalu. mmg nyenyak tdo kalau berbedung.

    2. huhuhu Syahmina masih lagi berbedung klu malam pki kain batik jek hehehe kdg2 kat umah SIL klu ttinggal bedung kat umah pun sama tpaksa maklong dia korbankan kain batik dia hehehe… 4 ur info Daneen berbedung sehingga usia 1y8m bila nak tido siang dan malam, bstokin shgg sekarang tido malam…

      1. semlm balik keje..BS ilham bedung die ngn kain pelikat..agknye kain bedung ilham smue x kering..hehehe..mknenye lame la ilham kena bdung ek..hehehe

    3. Kalu tak cukup kain nanti mummy ngah ambik kain dekat kedai bundle mummy bagi ilham pakai eh..hahahaha

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    error: Content is protected !!