Faedah2 urutan bayi:
-
Membantu pembesaran fizikal bayi
-
Menguatkan ketahanan tubuh badan
-
Membina keyakinan diri
-
Membantu bayi berasa tenang dan selesa
-
Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
Langkah permulaan:
-
Pastikan anda berkeadaan selesa dan tidak terganggu selama 15 minit. Mainkanlah muzik yang agak perlahan untuk menenangkan perasaan anda dan bayi anda.
-
Pastikan keadaan bilik sederhana panas sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk bayi dibaringkan.
-
Urutan paling sempurna dapat dilakukan jika bayi bertelanjang, sebaik-baiknya selepas mandi. Walau bagaimanapun, urutan juga dapat dijalankan semasa bayi berpakaian.
-
Minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan anda untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya boleh mengurut dengan lebih mudah.
-
Bermulalah dengan sentuhan yang lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda berasa lebih selesa dengan urutan anda.
-
Pandanglah mata bayi anda, menyanyi atau bercakap dengannya sambil mengurut.
-
Seelok2nya, anda mengurut pada waktu yang sama setiap hari, agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
-
Adalah disyorkan untuk anda bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang bayi.
Perkara yang perlu ingat:
Nikmatilah saat-saat yang meriangkan bersama si manja anda!
Jom kita tengok cara nak mengurut bayi step by step.
1) Urutan Kepala dan Muka
2) Urutan Dada
3) Urutan Tangan
4) Urutan Kaki
5) Urutan Perut
6) Urutan Bahagian Belakang
Selamat mencuba ya ibu2
I U Johnson’s Baby Song >>Download Here<<
[Sumber: Johnson & Johnson Sdn Bhd]
Saya pandai buat nie..
Saya selalu di import oleh ipar duit tuk perkara nie..
Hehehe…
Nape sy bole comment blog kakak seri..
tp x bole reply comment diblog sy..???
huwaaaaa…!!!
hehehe..wah adik mawar dh blh jd makcik tukang urut la ni..hehehe
kakak seri rase sbb ptp yg block kot..kg2 kakak seri pn xleh nk komen kt blog adk mawar tau..bukn kdg2..slalunye la..nape ntah..
Syahmina plg suka berurut sbb berbogelkan tu yg dia suka cuma tang picit2 muka dia x suke..
nti leh demo urut2 ngn ilham 🙂