Menu Ringkas Malam Jumaat Keliwon ;p

Random

Tajuk tak boleh blah hahaha.
Semalam Kak Ayu kakak cleaner kat opis ada jual udang besar gabak. Sekarang kan tengah musim udang ni, dia tanya saya nak beli ke tak. Bila orang dah tanya macam tu tak sampai hati pulak nak tolak. Lagi pun saya fikir En. Nazir memang suka makan udang, jadinya beli je la. Sekilo dia jual RM30 memang berbaloi kot dengan rupa paras udang tu 🙂 Rezeki Kak Ayu kan, tak apa lah. Hari ni saya tolong dia berniaga tambah pendapatan mana tahu esok lusa ada orang lain pulak tolong suami saya tambah2 income ambil gambar orang kahwin 😉

Balik sempat singgah kedai beli cili boh jek sebab dah tak sempat nak blender cili kering, memang tak ada stok cili blender dalam peti sejuk. Beli telur masin 3 biji buat2 stok, lepas berdezup balik rumah. Jeling jam, uikssss dah 6.30pm En. Nazir kerja malam ni. Dah pesan awal2 suruh En. Nazir masak nasi. Salin baju terus je bersih udang semua, En. Nazir request nak masak sambal. Bisa diatur pak 🙂 Pung pang pung pang pukul 7pm dah ready untuk dibedal. Oh sedapnya udang itewwww. Sangat fresh dari laut. Ada lagi stok kat rumah, tengah fikir2 nak masak apa pulak 3 rasa ke, tomyam ke.. semua pun sodap.

Selamat menjamu mata ya kawan2 😉

[blogging thru chokia phone]

Related Posts

6 thoughts on “Menu Ringkas Malam Jumaat Keliwon ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!