Perkembangan Fetus – Hamil 35 Minggu

Fetal Development Pregnancy Info Pregnancy Journey

Ya Allah.. dah 35 minggu.. sekejap je rasanya. Degup jantung saya semakin laju 🙂 Tenang Hernee.. tenang.. insya’Allah semua akan berjalan lancar. Hari Khamis check up dengan Dr. Ong partner Dr. Khor, result dari check up tu, doktor kata BP saya semua ok, uri ok, air ketuban ok, urine pun ok, terima kasih kat ubat yang klinik gomen bagi :). Baby dah turun ke bawah. Berat saya 66kg, berat baby  pulak dah 2.7kg. Dr. Ong kata baby saya besar.. gulpppp.. kalau baby besar susah nak bersalin normal. Saya senyum sambil telan air liur berkali2. Ya Allah.. permudahkanlah.. Baby tolong bagi kerjasama kat Umi tau supaya Umi boleh lahirkan baby secara normal. Memang tak sabar rasanya nak jumpa baby, semalam masa scan elok je dia tengah hisap jari. Ohhh.. geramnya 🙂 Ya Allah.. selamatkanlah dan sihatkanlah bayiku sepanjang berada dalam kandungan ini. Semoga Allah mendengar doa saya. Amin 🙂

 

Perkembangan Fetus – Hamil 35 Minggu
Sumber: BabyCenter Malaysia

cecair amnion uterus lemak

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air – bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru.

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan – walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Related Posts

2 thoughts on “Perkembangan Fetus – Hamil 35 Minggu

  1. kak, ziqri dulu kuar 3kg.. alhamdulillah.. salwa rasa mesti akak da amalkan surah yusuf n mariam kan.. insyaAllah kak, surah2 tue membantu.. tenang yea…. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!