Imbasan Ultrasound – Apa Yang Patut Kita Fahami

Pregnancy Info Pregnancy Journey

Imbasan Ultrasound – Apa Yang Patut Kita Fahami | Next topic saya rasa bagus untuk dikongsi ialah “Imbasan Ultrasound”. Sepanjang saya mengandung kali ni, setiap kali check up especially dengan Dr. Khor dia akan buat ultrasound. Mula2 terdetik dalam hati saya, takut kekerapan buat ultrasound ni akan effect pada baby saya. Saya dan En. Nazir cuma mampu bertawakkal pada Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Saya tahu doktor bukan saja2 nak scan banyak2 kali, sebab sejarah keguguran saya 4 kali tu, jadi doktor nak memantau lebih kerap lagi takut2 ada kebarangkalian janin tak membesar macam yang sebelum2 ni.

Cuma apa yang saya nak tekankan di sini, bila kita buat ultrasound ni bukan semata2 untuk tahu janin bayi apa, boy ke girl (saya ada terbaca dan dengar orang kata, “tak nak scan sebab nak surprise”). Itu pendapat masing2kan. Pada pendapat saya, tak salah kita scan untuk tahu keadaan rahim dan janin yang kita kandungkan takut2 ada yang tak kena. Ianya cuma satu kebetulan dan rezeki, bila masa doktor tengah scan tiba2 baby pun tunjukkan ‘tut’ nya. Macam baby saya alhamdulillah rezeki, sejak semakin membesar ni, bila scan time tu la dia duk terkangkang 😉 jadi rezeki saya dan En. Nazir la dapat tengok jantina baby kami. Walaupun dalam hati ikhlas saya katakan yang kami tak ambil kisah langsung dapat baby boy ke girl, yang penting sihat dan selamat. Kalaulah tiba2 nanti jantinanya lain dari yang di scan, kami tetap bersyukur dengan anugerah Allah ni 🙂

Setakat ni saya tak pernah lagi share hasil2 ultrasound yang ada. Nanti ya, saya suruh En. Nazir snapkan gambar sebab kat otak n idah ada idea nak bagi gambar2 tu nampak menarik untuk disimpan jadi koleksi sepanjang zaman 🙂 Nak suruh saya snap sendiri memang ke laut la hehehe.

Oklah, silalah baca dan fahami info kat bawah ni mengenai ultrasound. Enjoy reading! 🙂

credit pic to en.google

Apakah yang dimaksudkan dengan imbasan ultrasound?

Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.

Perlukah saya menjalani imbasan ultrasound untuk kehamilan?

Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, ‘non invasive’, tepat dan menguntungkan. Ia telah berkembang menjadi satu alat obstetrik yang sangat diperlukan dan berperanan penting dalam penjagaan setiap wanita hamil.

Bolehkan imbasan ini membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan bayi?

Ya, imbasan ultrasound dapat membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan juga bayi. Ia telah digunakan dengan meluas untuk:

  • Mendiagnos dan menilai kehamilan peringkat awal.
  • ‘Karung’ kehamilan boleh dilihat seawal 4½ minggu kehamilan dan karung yolka lebih kurang pada 5 minggu. Gema dan denyutan jantung janin biasanya dikesan dengan jelas pada 7 minggu kehamilan.
  • Diagnosis awal untuk keguguran yang tidak dikesan, kehamilan ektopi dan kehamilan molar.
  • Mengetahui usia kehamilan dan menilai saiz janin.
  • Kepada pesakit yang tidak pasti mengenai tarikh haidnya yang terakhir, pengukuran ini perlu dibuat secepat mungkin semasa kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran yang betul. Apabila kandungan telah membesar, mengukur parameter badan akan membolehkan anda menilai saiz dan tumbesaran janin. Seterusnya ia amat membantu dalam mendiagnos dan menangani tumbesaran janin yang terbantut.
  • Penentuan kedudukan uri.
  • Mendiagnos kehamilan kembar.
  • Pengesanan Oligohidramnios/Polihidramnios.
  • Pengesanan awal kecacatan janin.
  • Mengesahkan keguguran dan kematian janin dalam rahim.
  • Mengesahkan keadaan janin.
  • Menilai pergerakan janin, tonus dan pernafasan.
  • Mendiagnos sebarang keabnormalan pelvis dan rahim semasa kehamilan seperti wujudnya Sista Ovari, Fibromiomata.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk menjalani imbasan ultrasound?

Tiada ketetapan mengenai sekerap manakah anda perlu menjalani imbasan ultrasound semasa hamil. Imbasan diarahkan apabila terdapat sebarang keabnormalan yang disyaki dari segi klinikal. Jikalau tidak, imbasan biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar, menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar, mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan tarikh kelahiran.

Imbasan kedua dilakukan pada 18-20 minggu untuk menentukan kecacatan kongenital dan menentusahkan tarikh kelahiran dan tumbesaran. Imbasan kali ketiga mungkin dilakukan sekitar 34 minggu untuk menilai saiz janin dan tumbesaran janin serta menentusahkan kedudukan plasenta.

Imbasan UltrasoundApa Yang Patut Kita Fahami

Berapa kerapkah saya perlu menjalani imbasan ultrasound?

Bilangan imbasan yang dijalani berbeza-beza bergantung sama ada imbasan yang lalu telah mengesan sebarang keabnormalan yang memerlukan penilaian susulan. Sama ada kehamilan perlu diimbas secara rutin ketika usia kehamilan 18-20 minggu, masih merupakan satu kontroversi.

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?

Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini. Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Ultrasound tidak jejas bayi

Mesin pengimbas diguna untuk mengetahui usia, struktur janin, keabnormalan kandungan dan penyakit yang dihidapi.

PERSOALAN yang sering bermain di benak wanita yang pertama kali hamil ialah adakah mesin pengimbas (ultrasound) selamat untuk kandungan? Adakah perkembangan bayi dalam kandungan boleh terencat disebabkan mesin pengimbas itu?

Jawapan paling mudah ialah mesin ultrasound yang sudah digunakan dalam dunia perubatan lebih 30 tahun lalu, tidak memberi sebarang kesan buruk kepada kandungan.

Begitupun, hampir semua pengamal perubatan perbidanan dan sakit puan bersetuju pendedahan bayi dalam kandungan kepada mesin pengimbas jangan terlalu kerap dan lama. Ia juga harus dibuat berdasarkan keperluan dan kepentingan.

Sejak diperkenalkan, teknologi ultrasound sentiasa dipertingkatkan. Jika dulu ultrasound membabitkan 2D, tetapi kebelakangan ini ultrasound 3D dan 4D cukup popular.

Mungkin kebanyakan orang berpendapat, ultrasound hanya digunakan untuk mengetahui jantina anak.

Sebenarnya fungsi ultrasound lebih daripada itu. Ia digunakan pada awal kehamilan untuk menentukan viabiliti (memastikan bayi berada dalam rahim dan pergerakan jantungnya normal).

Selain itu, ia juga berupaya mengesan berapa jumlah kandungan dan menentukan usia kandungan untuk menganggarkan tarikh kelahiran (estimated date of delivery). Dalam inovasi terkini ultrasound pula, 3D dan 4D memberi kelebihan dalam mengesan keabnormalan bayi dalam kandungan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Fetal Medicine & Gynaecology Centre, Dr S Raman, berkata ramai wanita di Malaysia hari ini berkahwin dan memulakan keluarga pada usia 30 tahun.

Justeru, pada usia ini, tahap kesuburan sebenarnya merosot dan risiko terhadap kelahiran bayi yang memiliki kesilapan kromosom (chromosomal disorder) agak tinggi. Dengan imbasan yang dinamakan ‘nuchal scan’ (dilakukan antara 11 hingga 13 minggu kehamilan) ia digunakan untuk mengesan sindrom down.

Nuchal translucency (NT) menyukat ruang bawah kulit pada leher. Peningkatan dalam ukuran NT meningkatkan risiko sindrom down dan keabnormalan kardiak pada bayi. Dengan menggunakan parameter ini, 83 peratus sindrom down boleh dikesan menerusi imbasan.

Selain itu, menggunakan mesin ultrasound 3D juga, membolehkan kita melihat kelainan pada struktur bayi seperti bibir sumbing atau spina bifida (kecacatan pada tulang belakang). Masalah bibir sumbing, polydactyl (memiliki lebih jari kaki), micrognathis (rahang besar sebelah), telinga yang tidak terbentuk dan lain-lain keabnormalan yang boleh dilihat dari segi luaran fetus lebih terbuka.Begitupun, kualiti imej bergantung kepada keadaan bayi dan jumlah air ketuban di sekelilingnya.

Ada antara keabnormalan yang dilihat boleh diperbetulkan ketika bayi masih dalam kandungan. Bagi keabnormalan yang tidak boleh diperbetulkan, ibu bapa sekurang-kurangnya sudah bersedia secara mental. Bagaimanapun, apakah imbasan menerusi 3D dan 4D menjadi kemestian kepada setiap wanita hamil atau sekadar keperluan ‘mewah’ yang sentiasa mencari jalan untuk menggoda pengguna?

Apatah lagi, kadar untuk imbasan 3D dan 4D dianggap mahal dan bukan boleh dipenuhi oleh setiap pengguna.

Kemunculan ultrasound dengan inovasi terkini bunyinya memang menguntungkan pihak pengguna. Bagi ibu bapa muda, melihat pergerakan, wajah dan mengikuti perkembangannya setiap bulan tentu saja mengujakan.

Bagi ibu bapa yang pernah dikurniakan anak bermasalah dari segi fizikal, tentu saja 3D membuat mereka ingin tahu adakah kelahiran kedua akan sama seperti sebelum itu.

Teknik imbasan 3D juga dikatakan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak sebelum dia dilahirkan. Begitupun, tidak semua pakar perbidanan menganggap ultrasound 3D atau 4D ini ‘mandatori’ dan bakal mengambilalih imbasan konvensional 2D. Ada sesetengah diagnosis masih boleh dibuat menerusi 2D.

Bagi ibu yang tidak memiliki rekod kelahiran atau kesihatan yang abnormal, kebanyakan mereka yakin akan melahirkan bayi sihat tanpa perlu imbasan menerusi 3D. Justeru, pilihan terbaik di tangan anda.

Sumber: Berita Harian, 10/12/2006

JOM LIKE PAGE HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

12 thoughts on “Imbasan Ultrasound – Apa Yang Patut Kita Fahami

  1. tkde apa la scan setiap bulan, aku dulu pun tiap2 bulan scan. Ada jgk org ckp tk elok scan selalu, tp aku buat je. Ikut ckp dr, yg ckp2 tu pun bukan dr hahahhaha. Scan penting jgk sebenanya, bkn nk tau jantina jek, tp nk make sure baby in the right position through pregnancy period, supaya by the time nk deliver tkde masalah, hopefully. ada org ckp nnti baby kena cahaya tu yg tk elok, kalau tk elok tkkan la dr buat huhuhuhu.

    1. tu le psl..itu la yg aku tkankn kt n3 ni..bukn scan tu semata nk tngok jantina..kte nk tngok keadaan rhim pe smue..in case ape2 mslh doc dpt le diagnose awl b4 tlmbt..tul x..hehehe..ape2 pn doc tau ape yg tbaik..kte usaha..slbihnye tuhan pnye kuasa..

  2. ko da cuba scan 3D herni? cuba la buat, sebijik sebijon nmpak idung, mulut dia. best hehehhe. aku cuba sekali jek, lps tgk tu tk sabo nk kuarkan cpt 🙂

    1. dh 2 kali wat la jie..hehehe..ade gmbonye kt umh..sje x publish lg..geram tngok..x sabo nk jmpe bby.. 🙂

  3. wah best2… tk sabo kan, mmg wei excited semacam, nnti da kuar kjp je da beso, anak aku da berlari da, da makin nakal 🙂

  4. kak hernee.. baru tau akak pernak keguguran sebelum nie.. empat kali plak tue.. sian akak.. semuanya ader hikmahkan.. Allah dah tentukan begitu.. moga kandungan kali nie rezki utk akak n suami.. mudah-mudahan semuanya selamat yea kak.. kiter pun tumpang xsabar nak tgk bby akak..

    1. hehe..a’ah salwa..4x dh mrase..mmg seriau rse..alhamdulillah sgt2 kali ni dh smpai thp ni..rase syukur gile..thanks 4 the doa..akk pn x sabo nk tngok HN junior ni..hehehe

  5. Great article! That is the kind of info that are supposed to be shared across the internet.
    Disgrace on Google for now not positioning this post upper!
    Come on over and discuss with my site . Thank you =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!