Kalaulah Saya Dapat Invitation FREE ;p

Anything About Me Kipas Susah Mati Anuar Zain

Ada siapa2 nak sponsor??? 😉

Company? Tak mungkin.. siapalah saya ni pacar yang hina je kan hehehe~ KALAU dapat pergi confirm berderet gambar Anuar Zain dalam blog ni tak lama lagi.

Ohhh tiba2 teringat kisah2 dulu. Masa Anuar Zain datang Jom Heboh kat Danga Bay. Masa tu saya baru2 habis study. Bersemangat waja nak jumpa AZ tau. Hujan lebat sanggupku harungi hahaha poyo betul. (Notes: masa tu tak ada pak we lagi.. En. Nazir pun tak kenal lagi tau) Kiranya masa tu Anuar Zain ni ‘pak we angkat’ saya la. *pitam* (muntah ijau Anuar Zain baca)

Masa tu seingat saya, saya pergi dengan bff saya Azie. Sikit punya lama nak menunggu AZ ni tau. Tapi demi AZ, saya tabahkan hati. Tunggu punya tunggu punya tunggu sampailah dia ke booth Power Root tak silapnya. Sekali macam nak pengsan daaaa dapat menatap muka Anuar Zain. Air tersimbah dari canopy membasahi baju saya pun saya tak hiraukan. Azie, tengok je dari jauh. Sampai terkeluar ayat dari mulut dia “kesiannya aku tengok kawan aku ni” hahaha. Saya ni tetap meneruskan renungan makrifat kat Anuar Zain 😉

Sampai masa sesi “mintak signnnnn” saya tak hirau duta2 Power Root lain macam Farah AF dan Linda Onn tu. Fokus saya pada Anuar Zain jek. Sampai turn saya, saya dah macam perempuan sasau hahaha. Ketawakan diri sendiri bila teringat detik2 tu. Anuar hulur tangan kat saya. Saya ni teragak2 lagi. Dalam hati berkata “nak terima ke tak ni?.. kang melopong bukan senang nak jumpa dia”. Saya pun dengan gatalnya menyambut salam dia dan terus terpacul keluar dari mulut “Anuaaaaaaaaaaarrrrrrrrr” (ala2 lemah lembut gitu sambil tak sedar tergoncang2 tangan dia..wakaka). Dia pun sambut “sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa” huwaaaaa rasa terhenti degup jantung mak nyahhhhhhhhh rasa diawang2an. Dia punya renungan mata mak oiiiii boleh cair i tau. Dah lepas bersalam baru teringat “ohhh berdosanya aku bersalam2 dengan Anuar Zain.”

Lepas sesi “mintak signnnnnnn” tu, ada la aktiviti2 apa lagi entah Power Root buat. Saya tak fokus pun, sebab kamera duk snap gambar Anuar Zain je (gambar masih ada dalam simpanan saya). Kesian Azie, sungguh tabah dia melayan kerenah saya. Saya cakap kat dia saya takkan berganjak selagi Anuar Zain tak blahh. Hambik ko penangan Anuar Zain sasau dibuatnya. Sampai masa Anuar Zain nak blah, oh tidak~ Rasa macam nak ikut je (gile ko) tapi apakan daya Anuar Zain tak pelawa.

Balik rumah excited gila bercerita dengan Mak dengan harapan nanti Mak jawab “Ye nakkkk.. nanti mak pinangkan Anuar Zain untuk ko” hahaha. Gila meroyan betul dah time tu. Emmmm.. bilalah nak dapat jumpa Anuar Zain lagi ek. (nota HN: ni cerita betul tau.. bukan mimpi yang lepas..hehehe)

Sampai sekarang pun saya masih lagi “KIPAS SUSAH MATI ANUAR ZAIN” tau. Walaupun En. Nazir tak minat dia dan cakap suara dia entah apa2. Saya tetap minat dia tapi masih berpada2 lagilah. Suami tetap yang UTAMA 😉 Kadang tu time dalam kereta, keluar lagu “Sedetik Lebih” ke lagu apa2 je dari Anuar Zain dia terus tukar channel lain.. saja nak dengki boleh pulak dia kata “aeh.. macamana boleh terbuka channel tamil pulak ni”. Ciskek betul tau hehehe.

Apa pun sesiapa yang pergi event kat atas tu, silalah bagitahu saya secepat mungkin ya sebab saya nak kirim banner wakaka. Sekian kemerepekan saya 🙂

Yang benar,

“HERNEE – KIPAS SUSAH MATI ANUAR ZAIN” 😉

Related Posts

4 thoughts on “Kalaulah Saya Dapat Invitation FREE ;p

  1. ALAHAII bestnyaaa kalau dapat pergiii ! anddd untungnyaaa akak dh jumpa diaaaaaaaaa

    *jeles*

    ehem sama laa, bila ynn suruh encik pakwe nyanyi lagi sedetik lebih, dia kata tak minat sbb anuar zain suka lelaki T_____T jahat dia :(((

    1. Liyana Lunia>>btullah ynn..klau laaaaaaaaa..huhuhu..
      akk dpt jmpe kjap pn dh mcm ppuan sasau..klau lame2 sewel trus..hahaha

      ynn..ayt encik pakwe ynn cam same la ngn ayt hubby akk 🙂

    1. apak cikidong>> suare tu ade iras2 AZ x? klau xde better don’t la pak..kang fitam kt sni dngo..wakaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!