Orang Lelaki Memang Susah Nak Ingat Tarikh2 Penting Agaknya..

Anniversary Anything About Me Life My Hero Beso
Di suatu sudut di dalam sebuah restoran makanan segera, kelihatan sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan makanan. Si isteri tiba2 teringatkan tarikh ulangtahun perkahwinan mereka yang akan tiba tidak lama lagi lalu memulakan bicara.
Isteri: Tak sangka ek, lagi 1 minggu 5 hari je dah genap 2 tahun kita kahwin..

Suami: A’ah ek.. bila ek tarikhnya? 25 hari bulan kan?

Gulp.. Si isteri terhenti mengunyah bila mendengar kenyataan suaminya itu. Terasa pizza yang dikunyah sangat keras dan sukar ditelan. Help! help! tercekik pizza..
Isteri: Apa? 25? Isyhhh2.. (sambil geleng2 kepala)

Suami: Ye la, 25hb 10.. majlis rumah awak..

Isteri: Sampai hati ek, boleh tak ingat tarikh nikah.. baru 2 tahun ni..

Suami: Ye betul.. 22hb 11 majlis rumah abang.. aeh 18 kot.. aeh 25hb la abang ingat.. memang 25hb..

Isteri: Betullah sangat.. majlis bersanding tu 26hb cik abang oiii.. (sambil mata tenung muka si suami yang tersipu2 malu sebab tak dapat nak ingat tarikh)

Suami: O ye ke.. hehehehe.. betullah tu.. yang abang ingat memang bulan 10..

Isteri: Ye le.. bulan 10 tu bila? (dengki betul..nak juga suruh dia ingat..kuikuikui)

Suami: Alah tak apalah bila2 pun.. YANG PENTING KITA TAU YANG KITA DAH NIKAH.. (hambik ko sebijik.. ayat dia nak selamatkan diri sebab memang dia tak ingat..cess)

Isteri: Isyh2.. dia boleh tak ingat ek.. (sambil geleng2 kepala lagi ;p)

Si isteri terus membuka blog menggunakan hand phone Chokianya dan menunjukkan daisy path ni..


[semalam kiraan – 1 week & 5 days]
Suami: Seminggu 5 hari ek.. hari ni 6hb.. esok 7.. bla..bla..bla..bla.. (sambil kira cukupkan seminggu 5 hari).. oooooooohhhh.. 18hb 10 la.. ar betullah tadi abang cakap.. 18hb.. ala kan memang ada dalam fakta.. lelaki ni memang susah nak ingat2 tarikh ni..

Isteri: Haaa.. ye le.. pandai le nak selamatkan diri ek.. tarikh lahir wife awak ingat tak?

Suami: Ingat le..tu senang je 16hb 5..

Isteri: Nasib baik ingat.. hehehehe~

Perbualan terhenti di situ sebab si suami terus menuju ke kedai buku untuk menyelamatkan diri ;p

Rasanya tak semua lelaki yang susah nak ingat tarikh, sebahagian je. Tapi yang ramainya saya jumpa kat office tu memang yang jenis susah nak ingat tarikh atau pun nombor. Alhamdulillah, saya ni pula memang jenis dipermudahkan ingat2 nombor ni.

Tak apalah, suami isteri tukan diciptakan untuk melengkapkan antara satu sama lain. Kalau si suami tak ingat, si isteri kenalah mengingatkan. Isteri kenalah makan kurma, makan kismis banyak2 untuk kuatkan ingatan. Sila jauhkan diri anda dari termakan semut ya :p

©Hernee Nazir – Sekejap je masa berlalu.. terbayang2 time2 bercinta dengan En. Nazir dulu..hehehe~

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!