Kesian Kak Intan, umur dah masuk separuh abad tak kenal buah keras yang mana satu. Jadi dengan rasa simpatinya saya buat entri ni khas untuk Kak Intan mengenali apa itu buah keras ngeee~
Ni ya Kak Intan gambar buah keras yang bersusah payah saya google, berkulit dan tak berkulit. Rasanya saya pernah masak something guna buah keras ni tapi tak ingat masak apa. Maybe masa tu masak kuah Bakso tak silapnya.
Buah keras berkulit |
Buah keras tak berkulit |
Pokok buah keras |
Info ni pulak saya dapat dari Wikipedia. Banyak kegunaan buah keras ni tau.
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.
Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.
Kegunaan
Makanan
Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih “kasar”), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [1]
Perubatan
Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor. Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.
Kegunaan lain
Di Tonga sehingga hari ini, buah keras yang masak yang dipanggil oleh mereka sebagai tuitui dipukul sehingga menjadi pes tukilamulamu dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu.
Pada zaman kuno di Hawaii, buah keras dibakar untuk dijadikan lampu. Buah-buah keras dicucuk pada tulang daun kelapa, dan dibakar satu persatu pada setiap lebih kurang 15 minit. Ini menyebabkannya digunakan untuk mengukur masa. Seseorang boleh mengarahkan orang lain supaya kembali sebelum buah keras kedua habis dibakar.
Pada hari ini, Pokok Buah Keras ditanam kerana minyaknya. Di ladang-ladang, setiap pokok boleh menghasilkan 30–80 kilogram buah keras, dengan buah keras menghasilkan 15 – 20% minyak dari segi berat. Kebanyakan minyak digunakan dalam negeri dan tidak didagang di pasaran antarabangsa
Mitos
Di Hawaii, Pokok Buah Keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua’a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.
©Hernee Nazir – Harap2 Kak Intan puas hati dengan info buah keras ni aeh.. hehehe~