Aerobik Yok!

Aktiviti KKPTP Health KKPTP
Lepas office hour hari ni saya join Kelas Aerobik yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga PTP. Kelas ni akan diadakan setiap hari Rabu 6pm hingga 7pm. Semangat nak menyihatkan badan dah lama betul tak keluarkan peluh. Hari ni pulak ada rasa sikit tensi, bila dapat tarik nafas dalam2 guna hidung kembang ni dan lepaskan puas2 rasa lega sangat. Insya’Allah saya akan pergi untuk kelas seterusnya.
Tengah mendengar penerangan dari instructor tu tiba2 En. Nazir call tanya balik nak naik apa, maklumlah dia dah sampai kampung nun. Saya tak dapat cuti sebab dah bercuti hari Jumaat lepas. Jadi dia balik dengan anak2 buah je. Nasib baik ada As budak Finance Department dapat menumpang dia balik, ikut hati nak je jogging dari PTP ke Seri Mengkuang *tipu*
En.Nazir sempat menyindir..
”Ni esok balik kira tengok Hernee dah kurus la”
Agak kurang asam ayat itu ye En. Nazir. Saya tak nak kurus cuma nak fit je wakaka. Angan2 sangat tinggi. Usaha kena lebih. Nak dapatkan berat yang dulu. Cheh berangan.
Alamak lapar pulak perut ni. Nak makan apa ek??? ;p
Sent from my Chokia phone

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!