seingat saya Mak Anjang saya kata ada 10 ekor lembu dan 6 ekor kambing yang dikorbankan. konon2nya saya datang nak tengok aksi2 sembelihan, tapi saya datang dah lambat la semua dah siap kena sembelih tinggal melapah je. ni semua Ayu punya pasal, terhegeh2 bersiap macam ada anak 10 hehehe~
aksi2 pakcik2 yang sedang melapah daging dan tulang2 lembu.
ibu Mummy Dasy yang interframe ;p
Mak Anjang saya yang tekun memotong daging. sebelah dia Mak Lang tapi tak sempat nak snap gambar Mak Lang sebab dia ni kuat melatah nanti takut pula parang ke pisau terbang. masa saya cakap nak snap pun dia dah melatah2 hehehe~
saya datang dengan Ijah dan Ayu. yang kepala senget tu lah yang bersiap terhegeh2. geram makcik tau.
Pak Anjang one of the orang kuat untuk majlis qurban ni. seingat saya beberapa tahun yang lepas Pak Anjang diserang sakit jantung sejurus lepas bergotong- royong untuk aktiviti qurban. mungkin penat sangat agaknya. alhamdulillah kali ni Pak Anjang maintain walaupun ada kecederaan pada jari tangan. syok sangat menghiris daging lembu sampai tak sedar terhiris jari sendiri.
dalam pukul 12 kami pun balik rumah Mak Anjang lepak2 sekejap.