Di sebalik PTD Exam

Anything About Me Exam


seperti yang dah saya ceritakan.

sabtu hari saya berperang dengan soalan exam PTD. it was my 3rd experience. saya bertolak dari rumah dalam pukul 7.30am dan alhamdulillah walaupun banyak dugaan sepanjang perjalanan akhirnya kami sampai setengah jam awal seperti yang dirancang.

pertama kali sampai ke hotel suria city. taklah susah mana nak mencari. sampai saja ramai juga yang dah menunggu. menunggu pintu dewan terbuka. saya seperti biasa meramah tamahkan diri berkenalan dengan seorang adik aisyah namanya. dari kota tinggi. sekejap kemudian, berkenalan dengan seorang lagi adik, hana dari taman perling. semuanya adik-adik, rasa macam dah tua sangat saya ni. hehehe~

bila mula dipanggil masuk ke dewan tanjung puteri, kami duduk di kawasan yang sama. pertama kali saya ambil exam spa satu meja duduk berdua. kalau tak kan macam budak sekolah ambil exam. saya duduk sebelah aisyah dan hana duduk di belakang saya.

soalan kali ni bagi saya lebih nampak mudah berbanding yang sebelum ni. cuma ingat tak ingat atau peka tak peka pada isu semasa yang jadi masalah. especially for me la~ kalau dulu saya rasa macam susah sangat.
seksyen A – isu semasa, politik, ekonomi, sastera, muzik.. 60 soalan.. 45 minit..
[antara soalan yang saya ingat.. filem yang memenangi festival filem malaysia 2008? pilihlah jawapan abcd]
seksyen B – daya menyelesaikan masalah.. 40 soalan.. 45 minit..
[sangat tak cukup masa nak menjawab.. saya mengira dengan terhegeh-hegehnya]

seksyen C – pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.. 20 soalan.. 35 minit..
[ada 2 bahagian 10 soalan untuk esei bahasa melayu dan 10 soalan lagi untuk esei bahasa inggeris]

seksyen D – esei bahasa melayu.. 3 soalan jawab 1.. 300-500 patah perkataan.. 1 jam..
[soalan 1, tajuk wabak penyakit berjangkit.. 2,isu pembantu rumah.. 3, tiba-tiba tak ingat.. yang saya boleh goreng jawpannya soalan no 1.. jadi saya pilih no. 1]

seksyen E – esei bahasa inggeris.. 3 soalan jawab 1.. 200-300 patah perkataan.. 1 jam..
[soalan 1, tajuk suggest 3 ways for government to educate public on recycling.. lebih kurang macam tu la.. soalan 2, tajuk academic qualification la yang saya ingat.. i have no idea.. soalan ke 3 saya tak ingat apa.. jadi saya jawab soalan no. 1]

suasana dalam dewan. sejuk jangan cerita. setiap kali waktu rehat saya ke tandas ;p sebelum mula exam banyak kali pegawai yang bertugas beritahu, periksa lokasi peperiksaan. pastikan yang ada dalam dewan tu memang tertulis ‘dewan tanjung puteri’ pada slip. tapi ada juga yang tersilap dewan, dewan angkasa sepatutnya di tingkat atas. alhamdulillah mata saya masih jelas walaupun rabun ;p kalau tersilap dewan tapi dalam hotel yang sama saya rasa tak kisah sangat. ada seorang calon ni dah la tersilap dewan, tersilap hotel lagi. sepatutnya dia di hotel naza, tapi tak tahu macamana dia boleh datang ke hotel suria city. nasib baiklah hotel naza belakang hotel ni, kalau jauh dari sini macamana? isyhh.. bahaya betul.

lagi satu hal. seorang mamat ni. dia datang lambat. masuk-masuk dia dengan selamba kodoknya berbual di telefon bimbit. sampaikan di tegur oleh pegawai bertugas.

‘sila matikan hand phone anda didalam dewan’

sekejap lepas tu, satu pengumuman dibuat.

‘kepada pemilik kereta jjc 8830, pihak hotel ingin berjumpa dengan anda’

rupanya pemilik kereta tu ialah mamat yang masuk lambat tadi.

dengan selamba badaknya pula pegawai tu menegur.

‘awak ni.. dah la datang lambat, parking suka hati awak aje’

haaaa. kan dah kena. nasib badan ler.

inilah aisyah. dia gstt (guru sandaran tidak terlatih) sekarang ni. seperti biasa saya mencuri snap. saya suka sangat tengok muka aisyah ni. sebiji muka sepupu saya.


ini pula hana. student tesl utm, skudai. baru habis degree sekarang terus further master. fuhhh. mesti terrror dia ni agaknya. mesti english essay dia meletop ;p saya curi snap gambar dia masa kami tengah berbual. hehehe~

sebelum berpisah sempat juga tukar-tukar nombor dan email.


wajah pemilik blog selepas berhempas pulas menjawab soalan exam ;p agenda seterusnya selepas memerah otak. makan-makan di zz.

post signature

Related Posts

2 thoughts on “Di sebalik PTD Exam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!