Cerita Berbuka Puasa

Anything About Me Life My Hero Beso


inilah menu berbuka puasa untuk alas perut semata-mata.
saya beli air milo dan roti ikan bilis saja. en.nazir dah janji nak ke saujana selepas balik dari kerja. jadi tak perlu makan kenyang-kenyang ;p


sampai saujana dalam pukul 8 lebih.

boleh tahan ramai pelanggan. saya macam biasa order air belimbing. en.nazir order fresh orange. lega rasa tekak. alhamdulillah.

makan tak lah special sangat. kami order yang simple saja. yang senang dan cepat dimasak. perut dah tak sanggup nak tunggu lama-lama. kami order nasi putih, tomyam seafood, sotong goreng tepung dan telur dadar. tak dilupakan sambal belacan.

dah habis makan perut rasa sakit pula. dah masuk angin agaknya. tak tunggu lama, terus balik rumah. beriya kami nak tunggu keliwon. rupa-rupanya keliwon dah tak ada diganti dengan tower 13. boleh tahan seram bagi orang penakut macam saya kalau en.nazir kerja shift malam mungkin saya takkan singgah ke channel tv3 kot ;p

post signature

Related Posts

2 thoughts on “Cerita Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!