***Entry Khas Untuk Pok Teh***

Anything About Me Family
***Entry Khas Untuk Pok Teh***

Semalam Makcu datang rumah mak, dia bawa anak-anak Pok Teh sekali. Lepas tu kami ramai-ramai ke rumah Mak Anjang. Saja bawa jumpa Tok Mok pulak. Semua happy je. Dapat jumpa sepupu sepapat.

Ni masa dorang tengah syok main bola. Bila cakap nak hantar gambar kat Pok Teh semua tak sabar nak bergambar.

Tok Mok pun tak sabar-sabar suruh orang ambil gambar dia. Dia tanya nak bagi kat Pok teh macamana. Orang pun bagitahu “Nanti orang masukkan gambar Tok kat internet”. Dia angguk tapi entah dia faham ke tidak tak tahulah maklumlah orang tua ;-p Kami ketawakan dia. Dah macam Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-Raja nak beritahu bila tarikh Raya. hehehe~ Ampun Tok Mok.


Iffah sempat jelir lidah lagi tu. perut dah kenyang baru lepas makan. hehehe~

Adik Ayan.. masa on the way nak ke rumah Mak Anjang. Tok Mok nak cium dia tapi dia lari-lari pula. Dah orang tua tu touching. hehehe~ Gambar Mahirah ter’delete’ pulak. Nanti kalau ada apa-apa aktiviti kami orang update lagi ye.

[Nota Kuning: Tak sabar nak tunggu 5.30pm nak pergi makan buah-buah free]

post signature

Related Posts

6 thoughts on “***Entry Khas Untuk Pok Teh***

  1. meriah sungguh kalau bebudak ni jumpa sepupu sepapt ni..mau riuh satu kmpaung..lag2 kalau dah lama tak jumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!