Berjogging Bersama En. Nazir

Family Hobbies My Hero Beso

Entry yang agak lapuk dari saya. Kesian En. Nazir dah 2 minggu dia bluetooth gambar dia berjogging ni pada saya. Tapi siteri dia ni sangat malas meng’update’. 2 minggu lepas tiba-tiba En. Nazir baru terperasan kegemukkan yang melanda. Dia pun rancang nak berjogging pagi Jumaat tu dan mengajak sepupu saya Ider untuk sama-sama jogging. Saya ingatkan dia jogging sekadar di kawasan perumahan kami saja. Rupa-rupanya sampai ke kebun orang pun dia redah.

Ini Ider, yang teman En. Nazir berjogging tu. Sama-sama banyak lemak nak menyihatkan badan kononnya. Saya tak tahu entah kebun siapa yang diredah. Tapi rasanya ni tepi jalan nak Paya Mengkuang.

Tengah berjogging En. Nazir terpandang buah durian ni. Maklumlah mata En. Nazir ni senang nampak benda-benda unik lagi ganjil. Bukannya dia redah kebun orang untuk curi durian ye kawan-kawan. Apa yang dia beritahu saya, mula-mula dia ingat buah durian ni tergugur di dahan. Elok je kan kalau betul dia tergugur tu.

Rupa-rupanya tidak ye kawan-kawan. Tangkai durian tu terselindung di sebalik buahnya. Unik sungguh ciptaan Allah ni. Subhanallah. Nasib baiklah tuan punya kebun tak syak apa-apa. Manalah tahu kalau tuan kebun ingat budak berdua ni nak mencuri durian.hehehe. Tak pasal-pasal nanti kecoh sekampung.


Ini masa dah nak balik rasanya. Sempat lagi berposing sambil berlakon ala-ala berjogging. Entah-entah dari rumah sampai ke sini jumpa berjalan-jalan kaki sambil hirup udara pagi. Ini sudah kes tipu ni.hehehe.

post signature

Related Posts

4 thoughts on “Berjogging Bersama En. Nazir

  1. bestnyer jongging….dah lama tak berjongging…kene tunggu si kecik tu pndai lari baru bleh jongging…hu hu hu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!