Bila Kami Berkumpul

Eat Out Frenz

Seperti yang saya war-warkan di blog, tengahari semalam saya ada temujanji bersama-sama makcik-makcik di atas tu.. hurmmmm.. biasalah bila dah berjumpa, kecoh dibuatnya.. masing-masing ‘speaker’ kuat-kuat belaka.. Kami berempat saja yang ada.. perancangan awal nak berjumpa waktu petang selepas balik dari kerja.. tapi Mummy Dasy dah di ‘booked’ untuk ke Putrajaya.. pagi di ofis saya ber’sms’ dengan Cdot.. setahu saya hanya kami bertiga [saya, Mumy Dasy & Cdot] yang ada.. tiba-tiba Cdot sms saya lagi..
Cdot: “Long ko ble tlg amik seed tak tghari nti..aku nak amik along..”
dengan pantas dan yakin tak salahnya saya membalas ..
Saya: “Seed kt hsptl la m.cik oi”
Cdot: “hah?td haku dia ckp tpon, dia ckp ada kat umah mak dia..”
Saya: “La dh blik ke?xjd bslin ae? kalo seed tbranak ko bidan aeh..hahaha..”
Saya menggaru kepala yang tak gatal seorang diri di ofis.. apa dah jadi dengan kawan saya ni..perasaan nak tahu buatkan saya tak sabar-sabar menunggu jam 12.30pm.. saya cuba buka blog suaminya, En. Azam Ateh.. tapi tak ber’update’ itu yang menyebabkan saya menyangka dia masih di hospital..
Shidah nun di Kuantan yang tahu rancangan kami ada juga menelefon saya pagi semalam.. dia akan balik ke Johor insya’Allah minggu depan kalau tak silap telinga saya mendengar.. saya menelefon Azie.. dia tak dapat join kami kerana sedang berperang dengan ‘morning sickness’ yang agak teruk.. Idah??? saya dah lama tak sms dia.. apa khabar mak buyung sorang tu kan..
Pukul 12.30 tepat saya & Munirah keluar dari ofis dan bergegas ke KFC [saya ajak Munirah..kesian dia tinggal sorang di ofis] kesian lagi kerana dia terpaksa meminjamkan telinga mendengar celoteh kami..hehehe~
Sesampai di KFC saya terkejut beruk bila tengok Seed a.k.a Mummy Pink & En. Azam dah sampai.. memang sah Seed belum bersalin.. dorang dah selesai makan rupanya, En. Azam terus bergegas untuk solat Jumaat.. rupa-rupanya Cdot dengan Mummy Dasy tak sampai lagi.. saya dan Munirah apa lagi terus meng’order’ makanan.. tup-tup tengah beratur muncul la makcik yang berdua tu dengan Kashah sekali.. riuh rendah la dibuatnya.. masing-masing sibuk nak bercakap.. macam KFC tu ayah kami yang punya..hehehe~
Sambil makan sambil berborak.. Seed ceritakan apa yang dia alami di hospital.. makcik berdua tu pun menceritakan pengalaman dorang bersalin.. saya.. dengar dengan perasaan seriau.. mesti Seed pun rasa apa yang saya rasa..hehehe~

Ini aksi Kashah masa enjin belum panas lagi.. saya panggil pun dia buat tak tahu saja.. macam tak kenal.. ada ke patut menyombong dengan bakal ibu mertua sendiri..hehehe~ tak sudah-sudah berangan.. nampaknya Mummy Dasy cuba nak menggoda Kashah supaya jadi menantu dia.. isyhhh.. penat saya booked Kashah dari dalam rahim.. bila dah besar Mummy Dasy nak jodohkan dengan Daneen pula.. terpaksalah saya booking yang dalam perut Cdot tu..hehehe~ Sebenarnya Cdot balik ke kampung dah dekat seminggu tapi tak ada kesempatan nak berjumpa.. dia ni masih mc ada masalah kesihatan maklumlah ibu mengandung.. tapi selama dia mc macam-macam jenis cuti lain yang dia ambil.. AL.. EL.. MC lagi.. ingat Dato’ K ada share dengan Public Bank ke?hehehe~

Ini aksi Kashah bila enjin dah mula panas.. dah boleh senyum lebar.. jerit-jerit satu KFC.. baru sedar depan mata dia ada makanan.. baru ada nafsu nak makan agaknya.. yang Mummy nya duk pot pet pot pet.. sampaikan kena sedas dengan Kashah.. tiba-tiba Kashah berbunyi.. “Mummy cengal..” Cdot tanya semula.. “Siapa Kashah?”.. “Mummy cengal” ulang Kashah.. hehehe~ kami duk menggelakkan Cdot kena sedas dengan anak sendiri..hehehe~

Tatabahasa Kashah: “cengal = sengal”


Dalam pada menggelakkan Kashah tu.. tak sedar rupanya si Kashah dah buat kes kat KFC.. apa yang dia pijak agaknya sampai tercabut batu bata dinding KFC.. ya ampun~ vandalisme betul anak apek ni..hehehe~ dia buat muka tak bersalah di celah-celah meja.. bertuah betul budak sorang ni..

Oleh kerana Kashah dah buat kes.. jam pun dah menunjukkan pukul 2.15pm.. kami bergegas keluar dari KFC.. dengan muka yang tak bersalah..hehehe~ saya balik semula ke ofis.. dan Cdot as a driver kena la hantar Mummy Dasy balik ke ofis dan hantar Seed balik ke rumah..

Thanks to all of u!..
To Mummy Dasy>> Hati-hati drive ke Putrajya.. [aeh..dia tak drive daaa..hubby nya sila hati-hati]
To Cdot>> Semoga sihat-sihat selalu.. jangan risau nanti aku jengah-jengah Kashah kat sini..
To Seed aka Mummy Pink>> Semoga cepat bersalin.. dan segala urusan dipermudahkan & selamat semuanya..Amin..
To kawan-kawan lain[Shidah, Azie, Idah, Mamie (my silent reader)]>> Next time kita jumpa k..

post signature

Related Posts

2 thoughts on “Bila Kami Berkumpul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!