Majlis Kahwin Sepupu

Anything About Me Family's Wedding Weekend
Berzaman baru cerita majlis kahwin sepupu saya ni di ‘publish’.. harap maklum ya tentang kerosakan cpu saya dan juga kemalasan kesibukan saya memindahkan ‘work station’ ke bahagian yang lain.. sangat memenatkan.. walaupun ‘line clear’ juga di sini.. tapi saya takut lagi nak bermaharajalela meng’update’ blog..hehehe~

Berbalik pada cerita kahwin ni.. majlis berlangsung pada hari Sabtu lepas.. di rumah Pak Long saya di Kota Masai.. kami pergi beramai-ramai barulah meriah..hehehe~ kami sampai lebih kurang pukul 1 lebih.. terus makan tak tunggu lagi.. perut memang tak sabar minta diisi.. elok saja makan beberapa minit pengantin pun berarak.. selesai makan duduk melepak bersama ahli keluarga yang lain..

Pak Long saya menjemput kumpulan Zapin kanak-kanak.. dari sekolah mana atau persatuan mana saya kurang pasti.. yang penting comel-comel belaka..hehehe~ sempat lah kami menonton persembahan kanak-kanak comel ni..

Justify Full

Nampaknya En. Nazir cuba mengontrol hensem semasa saya mengambil gambar ini..hehehe~ [ampunkan saya penunggu gua] masing-masing asyik menonton zapin.. tengok tu adik sepupu saya minta didukung.. kesian Pok Teh saya senget-senget mendukung anak..hehehe~ yang tudung turqoise tu Mak Anjang saya.. semua tak perasan masa saya snap gambar ni..

Lepas menonton persembahan zapin ni saya dan En. Nazir terus bergegas menuju ke rumah kakak En. Nazir di kawasan Pasir Gudang juga.. kami singgah di Taman Cendana.. dah lama rasanya tak jumpa anak buah..keluarga yang lain masih di rumah Pak Long.. makan untuk second round..hehehe~

Sampai rumah Kak Long kami lepak-lepak dan sempat juga menidurkan diri masing-masing.. saat tu kepala saya sangat pening.. mungkin cuaca yang panas. dan banyak makan nasi minyak. . saya alergik..dalam pukul 6 lebih kami balik.. tapi sempat singgah di Econsave mencari hadiah untuk Apong kawan En. Nazir..

Sebelum sampai ke rumah sempat membeli makanan.. hajat hati nak lepak di gerai makan tepi Sungai Gelang Patah.. tapi kepeningan yang amat membuatkan saya membatalkan niat tu.. sampai rumah makan dengan perasaan lapar yang menggila.. tapi akhirnya makanan sempat singgah beberapa minit.. lepas tu semuanya terkeluar semula.. pening kepala sangta-sangat! terus tidur..esok nak ke rumah pengantin lagi..

Itu cerita hari Sabtu.. cerita Ahad bersambung esok kerana saya nak balik pukul 4 ni.. saya time off ada hal nak di selesaikan.. jumpa kawan-kawan semua esok ya!

post signature

Related Posts

14 thoughts on “Majlis Kahwin Sepupu

  1. hajarus>>2 la cntik cam cousin die..hehehe.. oooopppsss ayt kontroversi lg tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!