♥ Sabar Yang Sempurna ♥

Info Sharing
Allah berfirman dalam Hadis Qudsi

“ Apabila telah kubebankan kemalangan ( yakni bencana ) keatas salah seorang hambaKu,

pada tubuhnya,hartanya,atau anaknya,kemudian ia menerimanya dengan sabar yang sempurna,
Aku berasa
Enggan menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amalan baginya . ”

( Riwayat Termizi dari Anas r.a )


Menurut Hujattul – Islam Imam Al-Ghazali,sabar itu ialah tetap tegaknya dorongan agama ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu

Menahan diri atau sabar dan melakukan apa-apa yang ditentang agama bermakna kita benar-benar mengenal Allah dan KekuasaanNya.

Bencana yang menimpa seseorang di dunia berkemungkinan merupakan penghapusan dosa-dosa secara spontan oleh Allah S.W.T .

Pelbagai kesusahan di dunia adalah takdir Allah S.W.T dan Dia akan menggantikannya di akhirat kelak dengan Rahmat dan keredhaanNya yang tidak terhingga .

Sabar merupakan kekuatan untuk berbuat baik dan merupakan benteng untuk berbuat jahat.

Sabar bermakna redha dan ikhlas menerima ketentuan Allah S.W.T . Tidak sabar bermakna tidak redha dan ikhlas dengan ketentuan Allah S.W.T .

Sabar untuk memetik hasil,sabar menunggu waktu yang tepat dan sabar membuat perhitungan termasuk sifat sabar terpuji seorang pemimpin .

Tidak gelisah,tidak mengeluh,tidak menyesal,tidak mengumpat-ngumpat ( terhadap segala musibah ) adalah sebahagian dari sifat sabar .

Menahan diri dari hidup secara mewah di waktu kaya adalah sifat sabar .

Mengusahakan diri supaya tidak hampit kepada maksiat adalah sifat sabar .

Tetap teguh hati ketika ditimpa kecelakaan dan penyakit adalah sifat sabar .

Sabar bukan hanya menerima sahaja tetapi cuba mengatasinya dengan cara yang baik .

Sabar ialah menyertakan hati supaya berbaik sangka terhadap pemberian Allah S.W.T .

Sabar yang sempurna ialah sabar yang tidak ada keluh kesah dan pengaduan .


Nota kaki: Renung²kan bersama & Selamat Bersabar!!!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!