Makanan Tambahan Untuk Ibu2 Mengandung

Selamat petang semua :) Petang2 ni nak share supplement yang saya makan sepanjang berbadan dua ni dan saya pasti ibu2 dan bakal2 ibu kat luar sana pun makan supplement yang lebih kurang sama.

Ok, masa awal2 sebelum pregnant dulu saya memang selalu amalkan makan Asid Folik. Bila dah start pregnant pun doktor memang akan bagi Asid Folik. Asid Folik sangat penting untuk pembinaan sel2 bayi dalam kandungan. (sel otak, tulang belakang, organ, tulang dan lain2). Kekurangan asid folik bagi ibu mengandung ni boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, sakit lidah, tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak dan anemia. Sumber2 asid folik asli contohnya, barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam. buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati. susu, cendawan, oren, bijirin dan banyak lagi. Asid Folik kat farmasi jual biasanya RM0.50 sekeping. Mana2 farmasi pun ada jual rasanya.

Kalau ikutkan Dr. Khor, dia bagi saya sampai bulan ke 3 je asid folik ni beserta pil kalsium dan satu lagi tak ingat nama dia khas untuk menstabilkan rahim dan kandungan. Uhhh~ serious sangat lupa nama ubat tu. Masa start bulan ke 4, dia suruh saya stop makan asid folik dan kalsium dan diganti dengan Obimin.

 

Obimin pulak tablet multivitamin yg lengkap untuk ibu mengandung dan juga ibu yang menyusukan bayi (kalau macam tu, kalau ada rezeki baby untuk bf, saya masih boleh teruskan pengambilan Obimin). Obimin mengandungi kesemua mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan (vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D, Niacinamide, Folic Acid, Pantothenic Acid, Iron, Calcium, Copper dan Iodine). Pengambilan obimin sebiji untuk sehari. Harga sebotol yang 30 kapsul ni saya tak pasti berapa kalau jual kat farmasi sebab saya biasanya terus kira dengan bil check up kat Klinik Dr. Khor.

Sebelah Cik Obimin tu NeuroGain PB, ianya mengandungi DHA, EPA, AA, OA dan natural tocopherol untuk membantu menjana otak bayi dari dalam kandungan. Makan sebiji sehari, sebotol ada 30 kapsul. Saya beli di Watson dengan harga RM63. (tapi kawan saya Jujue kat Melaka beli masa tengah diskaun dapat RM55 kot tak silapnya).

 

Inilah rupa paras Cik Obimin (kanan) dan Cik NeuroGain PB (kiri). Masa nak snap gambar ni barulah saya perasan yang Cik Obimin dah nak habis. Appointment dengan Dr. Khor 2 minggu lagi haiyoooo~ Nasib baik ada alternatif lain.

 

Yeahhh ini dia “alternatif lain” itu. Ubat2 kat atas ni pulak saya dapat dari klinik gomen. Ada iron tablet, vitamin B – complex, vitamin C (ascorbic acid) dan folic acid. Kapsul coklat tu, iron tablet saya kena makan 2 kali sehari 1 jam sebelum makan. Untuk yang lain2 tu sebiji sekali saja. Kebiasaannya kalau saya dah makan Obimin, saya jarang makan vitamin B – complex, vitamin C dan folic acid ni kecuali kehabisan stok Obimin.

Ada orang kata, “jangan makan ubat klinik gomen bagi.. nanti anak ko besar”. Tapi melalui pembacaan saya yang masih cetek ni, vitamin2 tu semua tak menyebabkan anak menjadi besar. Malah vitamin2 ni sangat penting untuk kesihatan ibu dan bayi. Kemungkinan penyebab anak besar adalah bila si ibu menghidap diabetes semasa hamil. Jadi pengambilan makanan ibu pun kena dititikberatkan juga. Kalau doktor sahkan ada diabetes, bolehlah rujuk “Jadual Diet Diabetes” kat entry saya yang lepas. Betulkan saya kalau saya silap ya :)

Alhamdulillah sepanjang mengandung ni, saya tak ada masalah untuk makan ubat2 ni semua walaupun sebenarnya saya penakut makan ubat. Mungkin sebab memikirkan bayi dalam kandungan ni, jadi semangat pulak nak makan ubat. Kalau terlupa sekali pun alarm saya akan berbunyi. Thanks En. Nazir ;). Insya’Allah saya akan berusaha untuk mendapatkan apa saja yang terbaik untuk kesihatan saya dan bayi. Saya yakin ibu2 lain pun macam saya juga kan.

 

Hernee Nazir – Kawan2.. doakan kawan saya Jijie Othman yang sedang dalam labour room menanti kehadiran cahayamata sulong.. semoga semuanya dipermudahkan.. Amin :) (dup dap dup dap jantung bila sorang demi sorang kawan bersalin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...