Sambal Ketuk HN’s Style

Bahan2nya..

 

 

cili padi.. bawang besar.. bawang putih..

Kuantiti bergantung kepada kehendak masing2. Kalau rasa nak banyak boleh letak cili padi banyak mana sekalipun pedas tanggung sendiri ;p Kadang2 saya tak letak bawang2 tu pun sedap juga. En. Nazir request minta letak belacan, tapi stok belacan di rumah tiba2 kehabisan. Tiba2 kata dia hehehe.
ikan bilis..

Ni pun sama ikut suka nak banyak mana..
lesung batu..


Of course mesti ada, kalau tak nak tumbuk macamana kan. Kalau blender tak ada ummmmpphh.
Cara2nya..

Tumbuk cili padi sehingga lumat..
Setelah lumat, masukkan bawang besar dan bawang putih sampai lumat dan bersatu..
Goreng ikan bilis sehingga nampak garing. Kemudian asingkan.
Goreng bahan2 yang dah ditumbuk tadi sehingga nampak garing.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati. Jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa (kalau suka) secukupnya.
Taraaaaaa.. Sambal Ketuk sudah sedia untuk dimakan.

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: