herneenazir[dot]com

sebelum hari raya tamat, baiklah kita settlekan cerita raya kami ye.
raya ke 4 baru berkesempatan balik beraya ke parit jabar, senggarang, batu pahat.
almaklumlah babah ilham kerja hari raya kedua dan ketiga.
baju2 semua dah siap dikemas. ummi babah satu beg.
abang ilham dan adik syamil satu beg. konfiden dan konfem!
sebelum balik kita bergambar dulu ye.

20150720_111801

hensem tak boifren kecil ummi?

20150720_111820

muka redho dalam keterpaksaan. ummi paksa pakai spec abang.
terkebil2 je dia bila buka spec hitam tu. hehehe. sorry dik.

20150720_112213

nampak  beriyakan bergambar 4 beranak.
ye memang beriya sampai ummi lupa buat spot check kali terakhir.

20150720_113409

sekejap jek lah berjaga dalam kereta.

20150720_113715

minit2 seterusnya selamat dibuai mimpi. sampailah tiba rumah atok tipah.
sampai sana masih tak perasan lagi ada benda penting tertinggal.
dah petang bila ummi nak mandikan anak2, mula mencari beg baju diorang.
sekali beg baju tertinggal daaaaaaa.
grrrrrr.. babahhhhhhhhhhhhhhhh!!!
aduhai.. selalunya ummi mesti check dalam bonet.
kenapa entah terlupa pulak nak check hari tu.
hmmmmmm..

fikir punya fikir.
call mommy ngah yang kebetulan masih tak balik parit raja.
rescue 911..hehehehe.. mintak tolong hantarkan beg tu.

IMG-20150720-WA0015

sementara tunggu beg, budak debot ni berkemban jek lah.
kesian la hai. nasib baiklah cuaca panas.
nasib baik juga beg diapers asing2 kalau tak lagi haru.

11218887_1096580007038857_7901170446672955452_n

lepas maghrib mommy ngah pun sampai sambil jinjit beg ni.
fuhhhhh lega hati. kalau tak babah la kena kerah balik gelang patah ambil beg ni. hehehe.
moral of the story.. jangan gelabah2.. relax.. sebelum keluar rumah make sure check semua barang.
nasib baiklah kampung babah kat batu pahat je.
kalau kat utara ke, haruslah shopping baju baru hahahaha.

ok.. to be continued!
Hot smile

selamat hari isnin :)

ok hari ni nak share resepi simple “puree apple”
sebelum tu, meh kita jengah gadget2 mempuree ummi ilham.

20150801_125109

inilah set baby bullet yang dinantikan :)

20150729_093321

trainer cup, dispensing spoon and

Puree Epal

1) 1 biji buah epal
2) air masak secukupnya

Cara penyediaan: (step by step)

20150801_124145

1) ambil buah epal, cuci dan kupas kulitnya.

20150801_124435

2) potongkan buah epal tadi dan kukuskan selama lebih kurang 10 minit atau sehingga empuk.

20150801_124519
haaaa cenggini ye. ecehhh.. jengah sikit first time tu guna steam it tupperware.

20150801_125704
3) dah 10 minit, silalah angkat ye.

20150801_130000

inilah rupa epal yang dah disiap dikukus.

20150801_130208

4) potong dadu dan masukkan dalam cup blender yang comel ni.

20150801_130246

5) tambahkan sedikit air secukupnya.

20150801_130744

6) blend lah sehingga halus tanpa berketul2.

20150801_130824

hasilnya mestilah halus macam ni. bila dah halus betul2 saya tak tapis pun. so far ok je.

20150801_131437
taraaaaaa.. dapat dua bekas comel ni.
puree epal dah siap tapi tuan punya badan tu tidur lagi.
jadi simpan dulu pureenya dalam peti sejuk.
sebelum simpan ummi kena jamah sikit hehehehe.

puree boleh tahan 3 bulan ye ibu2 sekiranya dibekukan.
setakat ni saya tak pernah buat stok selama tu.
paling lama pun seminggu untuk stok seminggu bekerja lah.
dan setiap kali hujung minggu saya akan pastikan saya buat stok baru.
semoga urusan untuk menyediakan makanan untuk anak2 dipermudahkan.
say NO to nestum! 😉

dah lama rasanya tak beraya secara berjemaah dengan kawan2 sekolah.
jadi kebetulan ada masa2 free meh la kita beraya bersama.

Beraya Ke Rumah Mama Dida

ibu azie dan family nak datang beraya di rumah kami.
jadi apa kata kami 3 beranak join sekali beraya ke rumah dida.
babah raya kedua kan dah start kerja, jadi kami terperuk jek bertiga beranak.
dengarnya mama dida masak2 soto segala.. terus ummi ilham telan air liur hehe.
dari boring terperuk di rumah raya ketiga, baik kita join ibu azie beraya.
gambar family ibu azie beraya kat rumah kami lupa pulak nak snap.
jadi tak bahan buktilah hehehe.

20150719_162339

hamboiii abang ilham berangan nak main gitar abang aryan.

siap cakap dengan ummi.. “ummi nanti belikan saya gitar boleh?”

ummi terus je snap gambar dia, nak tunjuk kat babah dia minat gitar ni.

selama ni berangan dengan gitar babah je kat rumah hehehe.

20150719_163257

adik syamil macam biasa, steady je mula2.
ummi sempatlah makan semangkuk mee hoon soto mama dida.
tengah2 makan dia dah ngek2 dah. dah ngantuk sangat dah tu.

20150719_163520

sebelum balik sempat bergambar beramai2 buat kenang2an.
next year belum tentu dapat beraya bersama.
ilham buat perangai tak nak bergambar, sibuk nak sembunyi belakang ummi.

20150719_165623

masuk je kereta budak kecil cenonit ni terus tidur.
alahai adik mengalahkan jauh sangatlah perjalanan kita ni oii.
malam tu kami sambung beraya ke rumah pok teh.
malangnya satu gambar pun tak snap hehe.

Beraya Ke Rumah Ibu Oja

ini cerita sabtu lepas, sesi beraya berjemaah dengan mama mie dan mommy long ke rumah ibu oja.
mula2 mamie dan along beraya ke rumah kami. lepas tu barulah kami berangkar ke rumah oja.
anak2 semua ikut mak2. ayah2 masing kerja malam. jadi siang haruslah menidurkan diri.
kami tiga beranak numpang mama mie jek hehehe.

20150725_154501

20150725_154603

20150725_154220

20150725_154400

belum makan minum dah sibuk nak bergambar.
gasaklah kekawan oii. kita nak bergambar sama2 pun bukan senang.
duduk dekat2 je tapi masing2 ada komitmen sendiri kan.

IMG-20150725-WA0008

thanks tuan rumah yang bersusah payah masak nasi ayam yang sedap ni.
berkali2 menambah oiii sambil menyuap abang ilham.
abang ilham biasalah, jumpa abang2 je dia memang suka.
ummi ni sekejap2 menjengah dia jangan sampai mengacau abang2 tengok tv.
beriya remind anak, jangan nakal2. tup2..

IMG-20150725-WA0014

haaaaaaa.. omak eh yang buat onar.
beriya sangat makan popiah mini kan, sampai tertonggeng balang ke lantai.
mentang2 kat rumah sendiri tak ada.
tu yang makan bersungguh sampai berebut2 dengan mommy long.
hahahaha. elakkan anak buat hal, rupanya mak dia yang buat hal.

20150725_165057

last but not least, gambar beramai2.
cameraman abang haziq yang dipaksa rela hehehe.
mintak maaf tuan rumah banyak buat onar.
jumpa lagi raya tahun depan hehehehe.
jangan lupa sabtu ni kita serang rumah mommy long.

IMG-20150725-WA0011

on the way balik, adik syamil syok tidur. madang tidur je dik.
penat sangat layan ibu oja hehehe.
ok, nanti sambung lagi cerita raya kami ye.
babai! 😉

seperti tahun2 yang lepas, saya ada share Buffet Ramadhan sekitar Johor Bahru. kali ni saya share lagi ye kawan2. senarai ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa. sebelum anda ke sana, boleh juga check status halal restoran atau hotel2 yang saya share ni. sila klik link di bawah ye.

DIREKTORI HALAL MALAYSIA

Buffet Ramadhan KSL Hotel & Resort 2015

Buffet Ramadhan KSL Hotel & Resort

A Truly Malaysian Ramadan Feast Buffet Dinner @6:30pm – 10:30pm

Adult : RM 95.00nett per person
Child : RM 45.00nett per person (5-12 years old)
Venue : Infusion Cafe & Restaurant
*Prices are inclusive of 6% GST.

Contact no:
Hotel : 07-288 2999
Direct: 07-288 2688

buffet ramadhan Pulai Springs Resort, Johor Bahru 2015

Buffet Ramadhan Pulai Spring Resort

‘Buffet ala Bazar’ Buffet Dinner
18 June to 15 July 2015

Adult: RM88
Children: RM44

Contact no:
Phone : 07-521 2121
Fax     : 07-521 1818
Mobile : 016-733 2928

Buffet Ramadhan Banafee Village 2015

Buffet Ramadhan Restoran Banafe Village

18 June – 17 July 2015
7pm – 10.30pm

Adult: RM46
Children: RM22

Book 10 pax, 10% less

Contact no:
07-333 3377

buffet ramadhan Restoran Malay Village 2015

Buffet Ramadhan Malay Village Restaurant

Grand Bazaar Style

Adult: RM45
Children: RM20

Contact no:
Phone : 07-221 1221
Mobile : 017-72207303

Buffet Ramadhan Grand BlueWave Hotel 2015

Buffet Ramadhan Grand BlueWave Hotel

Sajian Se-Malaysia
6.30pm – 9.30pm

Adult: RM91 nett
Children: RM56 nett
Senior citizen: RM70 nett

Contact no:
Phone : 07-221 6666
Email: info@grandbluewavejb.com.my

buffet ramadhan grand paragon 2015

Buffet Ramadhan Grand Paragon Hotel

18 June – 16 July 2015
6.30pm – 10.30pm

Adult: RM95 nett
Children: RM548 nett (4-12 years old)
Pay 10 paxs & get FREE 1 pax

Contact no:
Phone : 07-268 5222 ect 5326/5252
Email: fnbcoor@grandparagonhotel.com.my

20. 05. 2015

alhamdulillah.
Allah jadikan cukup sifatnya.

IMG-20150429-WA0134

ilham syamil si jejaka berkuku gelas hehehe.
kalau nak tahu, ummi ilham ni memang suka tengok orang berjari jemari runcing dan berkuku gelas.
dulu suka tengok kuku kak tam cantik sangat.
hujung macam tajam2 gitu.

sekarang suka tengok kuku syamil.
setakat 4 bulan ni masih nampak gayanya berkuku gelas macam babah.
tak tahulah kot berubah bila makin membesar nanti.
abang ilham sah2 ikut keturunan ummi, kuku kontot2 hehehe.

whatever pun janji anak2 ummi cukup sifat, sihat selamat.
Allah pinjamkan yang dua orang ni pun dah cukup bersyukur sangat.
alhamdulillah.

sekian cerita kuku gelas :p

yeay!
ecehhhhh suka bebenor ye.

alhamdulillah rezeki.
masih ingat pada entry FASHION TRIBAL?? APA TU?? JOM CHECK IT OUT!!!  haaa ni advertorial job pertama dengan zalora. alhamdulillah zalora bagi RM100 voucher untuk saya shopping free.

mula2 macam bingung juga nak beli apa kan. eh tetiba online shoppers tegar bingung pulak nak shopping kan hehe. ye la rambang mata tengok banyak benda. mula2 angan2 nak beli nursing wear. sekali bertukar pulak jadi beg. hehe.

last minutes shopping sebab voucher expired 31 december 2014.

makanya inilah yang saya pilih.

 

20150109_000048

 

Embellish Laser Cut Tote Bag With Pouch yang colour peach dan satu lagi.. Something Borrowed Scallop Slip colour black. seminggu menanti parcel yang semakin lambat macam siput. hehehe.

bila sampai rumah, cepat2 declare dengan babah yang ni barang free hasil buat advertorial job zalora. cuak kena bebel asyik shopping online hehe.

alhamdulillah beg peach dah boleh buat beg pergi kerja hehehe.

thanks again zalora. kalau ada nak promote barang2 hot contact lah saya lagi ye.

babai!

banyak betul kisah2 silam ummi ilham yang lupa untuk dikongsi kat blog ni kan.

kali ni bengkel setahun lepas. eh salah 2 tahun lepas.

Seminar “Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Tanpa Tekanan” bersama Teacher Watie, Genius Baby On Board. bengkel ni berlangsung pada 28 Januari 2013. amekawwwwwwwww. memang dah nak masuk 2 tahun perap.
ilham pun cenonit lagi masa ni. baru lebih kurang 1 tahun 6 bulan. gigih ummi menuntut ilmu untuk anak2 syurga. kebetulan masa tu pun ilham baru berjinak2 join GBOB, JB. peluang ni tak boleh disia2kan.

2013-01-28 18.03.49

pertama kali bertemu dengan ibu, isteri dan guru hebat, Teacher Watie yang punya anak istimewa. sangat2 teruja dengan semangat dia dalam memperjuangkan . kalau teacher watie boleh, takkan saya tak boleh. ye dok? 😉 

Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan:

# Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
# Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
# Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak
# Bagaimana Otak Anak Berkembang?
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah?
# Kuasa Otak Anak & Potensinya
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku

 

Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini:

1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu.

2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan.

 

Output Seminar:

1: Peserta yang hadir akan melihat “PENDIDIKAN AWAL” ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang “sedikit”, yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing.

2: Tidak menjadikan alasan “sibuk bekerja” untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan.

3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka.

credit info: http://geniusbabyonboard.blogspot.com/2013/03/parenting-seminar-motivation-talk-by.html

 

2013-01-28 18.31.37

 

alhamdulillah, banyak ilmu yang saya dapat untuk diaplikasikan. sempat juga ilham jumpa teacher watie. masa ni dia datang dengan babah untuk jemput ummi balik.

 

2013-01-28 18.36.10

 

rakan2 seperjuangan, ibu2 yang menghantar anak2 syurga mereka di GBOB, JB.

 

2013-05-15 08.16.06

 

alhamdulillah dapat sijil untuk seminar pendidikan awal kanak-kanak. syok sebenarnya bila dapat belajar pasal anak2 ni kan. tahun ni, ummi akan berusaha meluangkan masa lagi untuk program2 ilmiah macam ni. dapat ilmu untuk diri sendiri dan boleh kongsi dengan kawan2 lain.

selagi belum bersalin, kita tunaikan hajat tekak ye. hehehe.

dari tahun lepas saya nak merasa ex-classmate saya masa di UiTM London Lendu, Melaka punya kerepek ngarku ni tapi tak kesampaian.

tahun ni, memandangkan tengah membuyong ni, harus beli. nanti ngeces tengok orang makan haha. memang sebelum ni tak pernah makan pun. nama ngarku tu pun tak pernah dengar. jakun hek. rupanya sengkuang cina eh. wujud time musim raya cina je katanya sengkuang ni. dalam bahasa omputihnya pula dipanggil, arrowhead. tak tahu pulak glamer dibuat kerepek. jakun kuasa 2!

ordernya last week, tadi petang baru despatch bagitau dah sampai. guna address office kalau kat rumah lagi leceh tak ada orang kang kena tuntut kat post office pulak kan.

dapat jek parcel, terus gigih membuka kotak sementara menunggu babah ilham sampai. buka terus rasa. ya ampunnnnn. sedap gila rupanya. nasib baik tak gila. hahaha. terus snap gambar dan send kat group ex-BCA UiTM Melaka. hehehe.

10888457_10204669305484770_3792585822692212230_n

 

caption sangat teruja hokkay. hehe. lupa niat kedua nak beli sebab ilham suka kerepek. jadi belikan untuk dia sekali. hehe. ummi mudah lupa! :p

 

20150105_180614

 

rasanya kalau lagi lambat babah ilham sampai, mahu terbuka botol kedua. syokkk wooooo.. sedap lemak2 gitukan.

nasib baik baik jeling keluar, babah ilham dah sampai rupanya. ekeke.

 

20150105_181855

 

masuk kereta babah join makan sekali. nyum3. sedap3. jeling botol dah tinggal segini. hahaha. dasyat penangan kerepek ngarku si didie ni. hehehe. terus insaf kejap. teringat ilham. don’t worry ilham ada sebalang lagi tu. ummi tak zalim ekeke.

kalau teringin nak merasa keenakan kerepek ngarku yang bermusim ni. bolehlah order dengan kawan saya ye.
boleh jengah FB beliau. dia tengah syok mengarku dibantu encik suami tu.

Puan Fadillah Abdul Hamid aka Didie (013-3888616)
https://www.facebook.com/fadillah.a.hamid
COD area Skudai.
nak pos pun tak ada masalah.

alhamdulillah kerepek ngarku yang saya terima masih elok tak ada pecah2 walaupun dipos. macam jauh sangat nak berpos2 bagai :p

lega tekak. dapat juga merasa sebelum bersalin. hehe. ummi yang nak makan, ummi tak salahkan adik baby pun tau. jujur tak? ngeh3.

jangan tak percaya ye sedara sedari. shaklee makin baik hati lately. berduyun2 lagi bertingkek2 promo bulanan.

january 2015, sempena tahun baru.. promongempak 7 in 3 katanya 😉

promo apa?

vivix, alfalfa large & small

buy 6 free 1

buy 2 5% off

best?? memanglah best. bakal mak tang dah boleh standby duit ni nak bervivix masa pantang nanti hehehe.

promo lagi satu.

produk yang lama menyepi vita-lea for children.

buy 3 free 1.

haruslah grab nak bagi ilham cuba, try, test. hehehe. nak bagi sistem imunisasi ilham semakin mantop ngeh3.

uolls kalau nak mencuba boleh hubungi saya ye.

hernee @ nazir

sms/whatsapp: 012-7669877

boring2 kat rumah ajak adik2 ke kozi hotel danga bay. dari awal memang dah dapat info dari small palace yang dia akan turun ke JB. apa lagi, saya pun bagitau la adik2.

nampak pula encik fuart taukey small palace upload gambar barang2 ikea yang penuh dalam car boot. lagi le rasa nak mencuci mata. hehehe. lepas lunch kami berdezup ke kozi hotel.

 

20141225_145843

 

kesian encik fuart tengah bersantai agaknya kena kerah turun. hehehe.

 

IMG-20141225-WA0032

 

banyak juga barang2 yang di bawa. rambang mata. yang mana dah ada kat rumah tu saya tak belilah kan. beli mana yang tak ada je. nak tunggu pergi sendiri shopping kat ikea entah bila. last pergi masa belum dapat ilham lagi. maklumlah busy all the time ekeke.

 

20141225_151931

 

nahhhh mommy ngah memborong. hehehe.

 

20141225_151927

 

encik fuart tengah kira-kira plastik memasing. pening kepala dia layan 3 beradik yang kecoh ni. dengan ilham yang tak duduk diam hahaha. apa pun thanks ye encik fuart layan customer memang terbaik. semoga murah rezeki. kalau turun JB lagi silalah bagitau. hehe.

 

20141225_180028

 

ini jek yang ummi borongkan. hehehe. mangkuk dan cawan colourful tu memang dah lama nak beli. sebab yang pinggan dan set sudu garfu dah ada kirim kawan. ilham suka pakai pinggan colourful. satu lagi boleh buat aktiviti ‘sorting’ dengan dia. suruh asing2kan ikut warna. hehe. lain2 beli senduk kecil, frame, set bekas kedap udara tu. eceh skema ayat. senang nak bubuh apa2. padahal dah banyak jek harta2 pusaka arwah mak. nak juga beli lagi. hehe.

ok untuk sesiapa yang tak berkesempatan nak ke ikea. maklumlah johor ni mana la ada ikea kan. boleh lah add facebook account encik fuart. tak pun boleh follow instagram small palace. dia rajin update kat situ. ada juga online sales so boleh lah pilih nak barang apa caj pengeposan dikenakan ye.

apa tunggu lagi. jom follow!

Instagram Small Palace – http://instagram.com/smallpalace
FB Encik Fuart – https://www.facebook.com/fuartes.dekorasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: