Category: Hari Raya Aidilfitri

Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Azie

Minggu lepas punya cerita, sempat juga beraya rumah Azie. Walaupun tak sempat jumpa Emmy dan Didie. Almaklumlah kami datang malam. Tapi rezeki la jumpa Aini and family. Alhamdulillah rezeki Azie masak soto dan pasta. Sedap ya ampun terasa-rasa lagi hehehe. Walaupun masa singkat sempatlah berbual sambil gelak-gelak tanya saiz terbaru masing-masing ekeke. Sebelum balik marilah

Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Tok Ayah

Tibalah entri beraya di rumah Tok Ayah. Makanan yang disajikan nasi berlaukkan nangka masak lemak, ikan kering, sambal belacan, ulam-ulaman, ayam masak merah, laksa johor dan laksa penang. Special request dari Ilham minta Nenek masakkan ketam yellow. Sabar jek lah. Pasghah Nenek nak melayan. Nah Ummi belanja Laksa Johor yang sedap. Kekonon nak pedas sangatkan.

Aidilfitri 2017 – Beraya Rumah Aqil

Raya ke 14, malamnya kami beraya ke rumah Aqil. Penat dah dengar Ilham asyik berzikir nak beraya rumah Aqil. Jadi marilah kita anak beranak serbu rumah Aqil. Menu yang dihidangkan sedap belaka. Terima kasih Ibu Aien. Bergambar tu memang aktiviti MESTI! hahaha. Join sekaki. Kekonon suruh Mak Wee tolong snap gambar. Nampak tak junior photographer
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: