PTP Annual Dinner 2014 | Retro Night @ Persada Johor International Convention Centre

cerita weekend lepas.

PTP Annual Dinner 2014 yang bertemakan “Retro Night”.

jenuh juga sebenarnya nak memikirkan apa pakaian sesuai untuk mak buyong.

kesian ilham kena tinggal dengan mama cu.

sorry ye sayang, anak tak boleh bawa.

kalau boleh bawa sah2 ummi angkut ilham.

 

ok jom tengok gambar.

gambar yang cun tu dah tentulah dari DSLR babah.

kalau yang kelabu asap sikit ada 2 3 tu sah2 dari handphone ummi.

 

10805586_704134992998621_7597550527128877882_n

credit pic: PTP

10363778_710479389030848_1484686447128458226_n

 

blink2 mata tengok Grand Lucky Draw kan.

dalam hati mudah2an ada rezeki adik baby untuk dapat top 10 grand prizes Smile with tongue out

 

nak tengok ummi dan babah ilham pakai baju apa?

nahhhhhh..

 

1491270_963930680301861_7167553345246540195_o

 

babah, dengan gaya retro casual.

dia punya idea sendiri tu, memang tak sangka juga.

dia nak pakai bow segala.

kalau ikutkan bertuah la dia nak beriya ikut tema Just kidding

ummi pulak pakai jek lah dress polkadot ni.

rasanya ni memang sesuailah dengan perut yang terkedepan tu hehehe.

sebenarnya ni baju pilihan ke 3.

first, dress stripes black and white juga beli kat ashanim dress lab.

lepas ku belek dan ku tenung, macam tak tergamak pulak nak pakai.

second, blouse hitam dan skirt kembang stripes black and white.

beli kat area2 ashanim juga lupa pulak nama kedai, blouse beli kat cala qisya.

third, ni masa malam sabtu ronda2 AEON bukit indah cari kemeja babah, tiba2 mata terpandang.

tapi buat tak tahu jek sebab malas dah ada dua pilihan kat rumah.

sekali tok ayah ilham nak belanja dress ni. hehehe.

buat jual mahal pun dia nak belikan juga.

mak redho jek lah tadah tangan Nyah-Nyah

itu rezeki namanya.

eh panjang pulak cerita baju ummi. ekeke.

 

1510711_10204781683609578_1943206365942981042_n

 

nah lagi satu belanja gambar fefeeling baru kahwin.

eh, lupa dalam perut ada adik baby Hot smile

kitorang sampai dalam pukul 6.45pm gitu.

masa tu dah ramai dah staff lain.

jenuh jugalah menunggu pintu buka nak masuk ballroom.

macam nak duduk bersila jek kat situ. ekeke.

 

10502411_963926726968923_994150702864759455_n

 

sementara tu dengar le hiburan dari group buskers ni.

buscaria kot tak silap nama group diorang ni.

 

1653648_963930690301860_7374854490569068383_n

 

hah. bila geng dah sampai.

kita bergambar dulu kat luar.

 

10384109_963930896968506_5543596714010693957_n

 

babah ilham with acu nuar.

adik bongsu babah, alhamdulillah dah nak masuk setahun jadi staff PTP.

 

9481_963930990301830_5755734226727217467_n

 

ummi ilham and the gang. (wan zul, kak leen and nazam)

geng makan, geng gaduh. hahaha.

 

10609510_963932076968388_9106670657025861721_n

 

hambik. berkumpul satu department.

ni je lah yang sempat dikumpul dari Marine Services Department.

 

10614278_963930983635164_7277197157366618542_n

 

babah ilham with ankel nazam and ankel wan.

sebelum ummi snap, siap warning dulu dorang bertiga ni.

perut tu cover sikit. tarik nafas Smile with tongue out

wan tu tak pastilah tengok awek mana lalu ekeke.

 

10690317_963930730301856_7739687904424911920_n

 

ummi ilham with kak leen, secretary Marine, calon Best Dress.

 

988964_963926586968937_609746361934652317_n

 

tengah2 orang ramai tu memang ada booth untuk instant photo.

ajak babah bergambar.

sekali boleh pulak menyelit kat gambar diorang ni. hehehe.

 

20141123_191945

 

mak yong main laga2 perut.

baju sepasang, warna je lain. sekedai gamaknya. kehkehkeh.

ada lagi dua orang sebiji sebijon dengan ummi ilham.

kahkahkah. terus tunjuk babah sambil gelak.

 

10704196_963932030301726_396123672030457953_n

 

ni babah adn the gang pulak.

kawan2 satu department.

 

10731103_963926660302263_7128277405188160934_n

10410860_963926716968924_3157779251925703170_n

 

gambar2 ni semua babah le yang snap  sebelum makan.

makan sedap tapi kuota tak cukup Smile with tongue out

 

10353710_963926620302267_2911314714036704894_n

 

gambar brooch ummi pun dia snap kan. cess.

 

20141123_212537

20141123_212551

 

kami duduk semeja dengan officemate ummi.

siapa retis yang datang?

pengacara Adibah Noor, tak ada pulak gambar babah snap.

 

10801558_963935383634724_6511838905062774342_n

 

ada Stacy dengan lagu2nya yang rancak dan slow.

eh tak retro pun Alien

dan yang dinanti2kan oleh mereka2 peminat rock.

 

1468574_963935746968021_2388315841323490479_n

 

Amy Search.

pheeeeewwiiiittttttt.

 

1554425_963935630301366_4749409530871208095_n

1456688_963935273634735_3930172536676906257_n

10347402_963935070301422_1821782877921162364_n

 

babah je la yang rajin ke depan.

ummi? tak kuasalah reramai orang tu.

lagi pun adik kesian adik baby bunyi bising tak selesa duduk dalam.

asyik la mengeras jek. cuak juga sebenarnya tapi buat2 cool Winking smile

 

next artis, Nita Hamzah dan Fabulous Cat.

tak ada satu gambar pun sebab tak best.

babah tak snap. ummi langsung tak layan kui3.

 

tunggu punya tunggu Grand Prize Lucky Draw.

tapi tak ada rezeki adik baby mahupun abang ilham.

malas nak tengok kat senarai nama 600 lucky draw lain.

orang ramai sangat, tunggu je lah committee bagi email nanti.

kalau ada rezeki alhamdulillah.

so far setiap tahun tak mengecewakan hehehe.

 

20141125_161412

 

door gift this year.

power bank, ummi purple babah orange.

 

10394622_963935776968018_8417955980507565715_n

 

sebelum balik sempat bergambar dengan aweks cun ni.

sorang dah jadi isteri orang, sorang lagi bakal2 perantin hujung bulan ni.

eh tetiba nak mengimbau kenangan PTP Annual Dinner 2013 yang tak tertaip entrynya kat blog Smile with tongue out

 

1002216_10202706784538398_823563308_n

#throwback

PTP Annual Dinner 2013 | Oscar Red Carpet Night

 

fefeeling retis gitu kan.

okbai!

Thinking smile

Anniversary Lunch Treat @ Wadihana Islamic Steakhouse, UDA Business Centre

cerita semalam yang indah. ecehhhhhhh~

oleh kerana ummi kebizian dengan bengkel babywearing 101 hari sabtu. jadi anniversary celebration kami disambut lewat sehari. dah jadi rutin, time anniversary mesti nak makan luar dengan hero2. hehe.

tempat pilihan.

of course ummi la yang tukang cari port makan tu.

kalau tanya babah nanti dia tanya ummi balik nak makan kat mana. hehe.

memandangkan memang tak pernah mencuba kat sini.

jadi ummi pilih.

 

“Wadihana Islamic Steakhouse, UDA Business Centre”

“babah tanya kat mana tu?”

“alah dekat depan jeruk Pak Ali jek dekat dengan Bakar Bakar Steamboat & Grill House

awal pagi ummi settlekan check kat Klinik Desa Paya Mengkuang.

balik rumah ilham syok sambung tidur.

sementara dia tidur tu sempatlah update blog bagai.

pukul 1 baru mamat tu bangun saat perut ummi dah berdendang dondang.

lepas zohor siap2 terus ke sana.

taraaaaaa.. dah sampai.

20141019_160301

 

Wadihana Islamic Steakhouse, UDA Business Centre

Alamat:

2, Jalan Padi Emas 2/5, Bandar Baru UDA Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Telefon:

+011-2102 6616 En. Syazrin)

Email: info@wadihana.org

Web: www.wadihana.org

20141019_150858

 

20141019_150911

macam  biasa mamarazzi. snap sana sini.

20141019_150816

waiter sampai bagi list of menu.

20141019_150101

haaaaaa. 

sebelum memilih menu. sila berkenalan dengan jenis2 daging lembu. hehehe

“Know your meat!!” huh baru ku tahu bahagian2 ni semua :p

20141019_150138

 

dah kenal meat. jom berkenalan dengan sos2. hehehe.

ni antara menu2 yang ada. saja snap2 tak ada kerja.

appetizer.. 

20141019_150112

 

creamy mushroom cheese toast. baru tengok dah tergoda. jadi termasuklah dalam list order ummi ilham.

main course..

20141019_151707

grilled lamb chop. nampak menarik sekali kan. tapi bukan pilihan ummi ilham, ianya pilihan babah ilham.

steak..

20141019_151734

 

pilihan ummi ilham, grilled rib eye steak RM28.90

20141019_150259

whole lobster. rupa sangat menarik tertarik. RM69 tak silapnya satu set. tapi macam serabut pulak nak makan seafood campur steak. hehehe.

20141019_150312

aneka pizza.

20141019_150331

kids menu.

20141019_150421

burger & sandwich.

ilham kata nak burger daging. jadi ummi orderkan WISH Beef Burger RM15.90

20141019_150440

 

aneka pasta.

ni jek menu yang sempat di snap. nak tengok lagi sila terjah sana. hehehe.

sementara menunggu makanan sampai. 

jom kita snap muka tiga beranak yang kelaparan.

20141019_150611

babah yang tengah praktis pakai contact lense. hahaha.

1 nov ada tournament volleyball, dia tak nak pakai spec jadi tengah berlatih pakai lense. hehe.

20141019_150621

ni budak tak sabar2 nak tunggu burger daging sampai.

20141019_150637

ummi ajak bergambar pun dia tak layan. cesss~

20141019_150750

air ummi dan babah. ice lemon tea. boleh refill.

ilham macam biasalah bekalan air masak dari rumah tak boleh miss.

itu pun beriya curi2 minum air ummi.

20141019_151356

creamy mushroom cheese toast RM12.90 tak silapnya. 

rasa memang sedap uolls. mantop! rasa nak tambah lagi sepinggan :p

20141019_151823

tak sampai 5 minit. licin. hahaha.

20141019_152234

grilled lamb chop babah. RM28.90 kalau tak silap lagi. hehehe. terlupa snap harga. ohhh babah ada additional order, nasi pilaf.

20141019_152217

grilled rib eye steak ummi yang punyaaaaaaaa.

20141019_151923

jeng3.

WISH Beef Burger ilham syahmi yang punya. 

manja ngengada suruh ummi yang suapkan.

jagung ummi pun dia bedal.

20141019_155818

man to man talk after perut kenyang nak meletop. hehehe.

apa entah yang dibebelkan si ilham tu.

20141019_155827

lepas tu dengki gigit baju babah.

20141019_155842

sementara dua beranak tu bergurau senda. ummi ilham dah tersadai kekenyangan. 

rasa terseliuh rongga mulut mengunyah. haha.

review dari kami:

keseluruhan makanan sedap dan sangat berpuas hati berpatutanlah dengan harganya kan. servis boleh tahan la. mula2 rasa lambat. tapi bila satu makanan dah sampai, bertalu2 makanan lain sampai. air ice lemon tea tu kata babah ilham yang refill lagi sedap hehehe. yang 1st punya air tak berapa ummpphh. hehe. jangan marah tokey. memang recommended la kat sini. suasana dalam restoran pun tenang2 jek. yang saya nampak kat sini tak ada staff perempuan. memang semua staff lelaki kot. tanya ilham sedap tak burger daging.. “sedap omi” kata dia. itu review dari budak kecil la kan. hehehe. next time boleh cuba lagi. nak cuba lobster pulak ;)

6 Years & Counting.. Happy Wedding Anniversary Babah!

alhamdulillah.

I am the Cinderella who has met her prince, 6 years ago.

(omaigod! muntah darah cinderella konon Nyah-Nyah)

 

6th anni

 

Him.

His smile.

His eyes.

His voice.

His laugh.

His existence.

Him.

 

I thank you for giving me such a wonderful six years. In these years I have learnt that love can wash away any obstacles.

Happy 6th Wedding Anniversary my dear imam!

May Allah The Almighty bless u!

Love u more & more..

 

xoxo,

Ummi Ilham

Abang Ilham Syahmi, Adik Ilham Syakir & Adik Baby Ilham ******

Red heartRed heartRed heartRed heartRed heart

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 25 – Sumber Inspirasi

cabaran blogging day 25 – sumber inspirasi

setiap orang saya pasti ada sumber inspirasi untuk kejayaan hidup.. saya pun ada juga sumber inspirasi..

nak tahu siapa?

of course la 2 hero kesayangan saya ni dan bakal hero2 akan datang insya Allah..

 

fml7

#throwback gambar raya 2013 white studio..

 

babah ilham Red heart husband.. my better half.. boy friend.. best friend.. kawan gaduh.. hahaha.. penasihat utama sejak hidup sebumbung tidur sebantal.. hehehe.. penguat semangat untuk ummi terus menggapai impian..

ilham syahmi Red heart my precious baby forever.. anak syurga harta yang tak ternilai.. push factor untuk ummi berjaya dalam hidup.. sejak dah semakin petah bercakap memang selalu je la jadi kawan gaduh ummi.. suka report kat babah kalau ummi dengki dia Nyah-Nyah 

love both of you.. sayang ilham syakir dan adik baby juga.. muah3..

Rezeki Abang Ilham & Adik Baby @ PTP Safety Carnival 2014

cerita semalam..

Allah nak bagi rezeki.. rezeki untuk anak2.. sikit ke banyak wajiblah bersyukur ye dok?

bulan lepas babah ilham join contest Safety Slogan & Logo anjuran HSE Department.. ummi’s ex-department.. eceeehhhh boleh gitu.. last minutes punya participation tu.. dia yang perah otak nak cipta logo, ummi tukang cari slogan dan penasihat aka tukang komen hehehe.. babah send 2 logo.. cuba nasib untung sabut timbul, untung batu tenggelam Winking smile

alhamdulillah dalam ramai2 yang masuk tu dapatlah babah ilham tempat.. tempat ke berapa diorang tak bagitau.. surprise katanya.. crew Safety Day call suruh bawa family.. kebetulan babah off day, jadi angkutlah sekali supporters kuat dia kan.. siapa lagi kalau bukan ummi dan ilham.. ummi memang tengah kerja  la kan.. join la sekejap launching ceremony..

opening dengan berarak bergong sempena CEO sampai..

 

20141001_095952

 

lepas tu persembahan silat dari budak2 sekolah mana entah..tetiba lupa Nyah-Nyah

 

20141001_102020

20141001_102240

 

next persembahan zapin budak2 SK Gelang Patah..

 

20141001_100003

 

budak kecik ni ternganga tengok.. bila ummi cakap ilham nak belajar silat? tak nak kata dia..

next.. ribbon cutting ceremony..

 

20141001_101716

20141001_101718

 

hekkkkkkk.. belon tersangkut di lelangit.. ekekeke~

next award presentation.. ingatkan award for best safety performer dulu.. rupanya “safety & slogan competition”

tup2.. diorang sebut nama babah ilham dapat tempat ke 3 untuk contest tu.. tapi tak tahulah logo yang mana menarik perhatian juri.. mula2 macam malu2 nak ikut naik stage.. ahhhhhhhhhh.. apa nak malu.. ummi dan ilham mesti support babah dalam apa jua keadaan..ecewahhhhhhh.. maka dengan muka tak malu ummi melenting naik atas stage Smile with tongue out

 

20141001_103551

20141001_103606

 

ahaaaaaaa.. kegemukan di situ.. jangan tenung lama2..

 

20141001_104245

20141001_104256

 

alhamdulillah babah dapat tempat ke 3.. dapat RM200 dan sijil.. jadilah kan.. usaha last minutes yang membuahkan hasil.. Smile rezeki Allah nak bagi dalam pelbagai bentuk..

 

20141001_104736

 

dah boleh pow babah ni.. jap ummi fikir nak request makan apa.. hehehe.. open table pelissss babah Winking smile

 

20141001_111345

 

lepas ronda2 booth.. diorang kerah kami 3 beranak bergambar sambil guna props yang ada.. macam kenal props ni.. ni semua dari Marine Services Department kan.. alamak ambil props deparment sendiri daaaa mana aci.. hehehe.. babah berangan jadi pilot jap Thinking smile

sebelum ummi sambung kerja, bawa budak kecil yang tak nak balik ni makan kat cafe..

 

20141001_113127

 

bukan main selera orang tua.. makan nasi lauk ayam masak lomak cili api.. lepas tu babah ambilkan sayur kangkung.. takde mananya dia sentuh sayur kangkung tu..hehehe.. dah habis seketul ayam dia nak lagi seketul.. hamboiiii.. “isham lapar la mi” kata dia.. hehehe ummi dan babah sharing is caring is loving fish & chip jek.. hehehe~

dah siap makan.. ummi nak masuk office.. dia tak nak balik..

“isham tak nak balik bah.. isham nak work ommi”

sambil bagi suara yang ala mendayu2 sedih bagi ummi dan babah cair hati kan..

sudahnya.. ummi ajak naik office kejap..

 

20141001_120659

 

 

haaaaaa suka dapat ikut ummi masuk office.. “isham nak work” ulang berkali2.. bertuah betul budak sorang ni.. tak lama duduk office ummi pujuk2 akhirnya dia nak balik ikut babah..

ummi cakap “ilham kena belajar pandai2 dulu baru boleh work”

“hmmmmmmm.. baik ommi” sedih benor suara dia..

ummi hantar sampai lift.. dia pesan..

“babai ommi.. jangan nakal2 tau.. isham nak ikut babah”

ewahhhhhhhh.. ummi pulak dia tak bagi nakal2.. hehehe..

 

itulah cerita rezeki kami semalam.. mudah2an semakin murah rezeki untuk anak2.. Send a kiss

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 11 – 5 Lagu Cinta Kegemaran

cabaran blogging day 11 – 5 Lagu Cinta Kegemaran kata kooooo..

sila jangan gelak.. sebab saya pun nak join gelak..kui3..

ni lagu2 yang ummi dengan babah ilham layan la masa zaman cintan cintun.. satu yang bestnya, bila saya suka lagu tu mesti dia pun boleh layan, bila dia suka lagu tu pulak saya pun boleh layan.. pencinta muzik gitewwww ekekeke~

1. Here Without You – 3 Doors Down

lyric

8cae57ad24a4a254a685cb9803472cfb

Lagu ni kitorang memang suka gila sampai sekarang.. rasanya akan jadi lagu turun temurun kot Smile with tongue out sebab ilham pun dah start ikut nyanyi dalam bahasa dia sendiri kalau babah bukak dalam kereta.. paling kuat bila sebut “baby” jek lah.. hehehe

2. My Baby You – Marc Anthony

lyric

hqdefault

kitorang suka sangat tengok band bonjoza acoustic nyanyi lagu ni.. masa tu dorang perform kat danga bay.. memang peminat band ni la.. suara mantop.. konon2 masa sanding time nak potong kek nak bukak lagu ni.. sekali makcik lupa daaaaaa nak suruh DJ set up.. gemuruh nak kahwin Smile with tongue out

3. Keep Holding On – Avril Lavigne

lyric

Keep_holding_on_by_Moestj

cekonon.. ummi jadi penguat semangat babah le kan bila babah down ke apa.. kahkahkah..

4. Dealova – Once

lyric

dealova

lagu ni pun kitorang suka yang amat.. jiwang gak ummi dan babah ilham ni kan I don't know smile memang tangkap lentok la dengar lagu Once ni.. adoiii laghooo betul..hehehe

5. Cinta Dalam Hati – Ungu

lyric

images (2)

suka gila lirik lagu ni.. banyak la lagu ungu yang saya suka.. tapi untuk lagu ke lima ni saya pilih lagu ni jek la.. dah kering idea Nyah-Nyah

so uolls.. enjoy lagu2 favourite ummi dan babah ilham ye..

Left hug Red heart Flirt female

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 6 – My Love

jantung hati ummi..

tentulah..

jeng..

jeng..

jeng..

 

IMG_20140826_174400

 

babah dan ilham..

babah ilham.. jodoh yang tak dijangka2 dari Allah.. berkenalan november 2007.. bertunang 17 mei 2008.. alhamdulillah selamat diijabkabulkan pada 18 oktober 2008.. berkongsi kisah suka duka hidup.. jatuh bangun.. seorang pendengar setia.. suami merangkap kawan baik saya dan kadang2 kawan gaduh ekekeke~ sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ye dok.. sentiasa setia dan sabar dengan kerenah saya.. banyak kerenah gak ummi ilham ni..

ilham syahmi.. my precious baby.. always & forever.. rezeki dari Allah untuk kali ke lima kehamilan setelah mengalami 4 kali keguguran.. ummi dan babah adalah hamba Allah yang sangat bertuah dapat zuriat penyejuk mata penenang hati yang sorang ni.. mudah2an ilham jadi anak yang soleh.. jadi abang yang bertanggungjawab..

bila salah sorang tak ada.. memang terasa kehilangan.. jadi dua2 harus melekat kat hati ummi.. untuk anak2 ahli syurga yang lain.. awak2 semua pun jantung hati ummi.. tunggu ummi dan babah kat sana ye..

all of u are “my love”

Red heart

090214 Babah’s Birthday Celebration @ Tanjung Sepang Beach Resort

sempena birthday babah ke 34..wahhhhhhh.. dah 34 ke? Eye rolling smile

ummi plan nak ajak hero2 ni berehat sehari kat mana2 pantai..

last minutes plan.. fikir2 punya fikir..

akhirnya kami setuju nak spend our quality time..

di Tanjung Sepang Beach Resort..

yeay! masa untuk kita bertiga Red heart

 

20140210_123527

 

sampai lebih kurang pukul 5 lebih..

terus check in..

 

20140210_123117

reception Smile

RM180 per day

20140210_122456

nice!

dari luar dah nampak macam best..

almaklumlah first time sampai sini..

agak2 betul tak slogannya..

“A place for your to RELAX to ELIMINATE your pressure”

 

20140209_181454

chalet kami.. no. 15

20140209_181443

nyaman di tiup angin laut..

taraaaa..

Superior Room (Double Bed)

  • Air conditioning
  • LCD TV
  • Private bathroom with Heater
  • Bathroom amenities
  • Towel rack hanger and table
  • Fridge
  • Heater

Weekdays: RM 180 (Sunday – Wednesday)
Weekend & Public Holiday: RM
230 (Thursday – Saturday)

20140209_18132920140209_18140420140209_18134720140209_181417

dah pusing2 satu bilik yang luas..

kami pun turun ke pantai..

 

1897771_10202730940502282_958535883_n

nahhhh..

budak yang tak nak turun pantai..

geli pasir konon..

IMG-20140209-WA0041

sanggup sembunyi belakang dinding batu..

pujuk punya pujuk..

akhirnya turun juga..

 

IMG-20140209-WA0043

tapi siap cakap..

“bah.. nak alik bah..”

lepas babah snap2..

kami pun turun main air kat swimming pool..

 

20140209_185909

macam biasa la budak kecil ni kan..

mula2 dia segan2 nak turun dalam air..

terpusing2..puas ummi babah pujuk..

 

20140209_191236

dia duk bergolek2 kat kawasan cetek jek..

tu pun bangga bukan main..

hehehehe..

 

20140209_191121

babah pujuk2 ajak berenang2 itik..

ummi pun mampu berenang itik jek la kan..

kui3..

 

20140209_185903

babah sorang berenang beriya..

kami dua beranak tepi jek Smile with tongue out

dah puas mandi2 kami balik chalet..

lepas maghrib siap2 nak keluar makan..

sebab weekdays cafe kat situ tak buka..

hmmmm.. apo nak buek..

terpaksa keluar juga..

last minutes plan kan..

kalau plan betul2 boleh berBBQ tiga beranak..

keluar makan kat area Kg. Masjid, Teluk Ramunia..

makan nasi ayam penyet.. sedapppppp!

saya bukan peminat nasi ayam penyet..

tapi makan kat situ buat saya rasa ohhhh sedap rupanya..

ke sebab dah lapar sangat Surprised smile

 

balik chalet lepak2 tepi pantai..

hirup udara malam.. angin sepoi2 bahasa..

dah rasa sejuk yang amat..

apa lagi balik chalet semula..

tengok tv jap terus terlelap..

 

esok paginya..

breakfast sandwich tuna..

lepas siap2 breakfast.. jom berenang itik lagi..

kali ni budak kecil ni suka gila..

ummi babah terkejut..

siap ajak masuk tempat orang dewasa lagi..

 

20140210_10121520140210_101250

nahhh.. bukti keterujaan hero kecil ummi dengan swimming pool..

alhamdulillah dah kurang sikit gayat ilham dengan air..

next time kita mandi manda kat legoland waterpark pulak ye..

lepas menjemur diri kami balik chalet kemas2..

pukul 12.30pm dah nak check out..

 

20140210_122338

ohhh.. 2 hari yang sangat best untuk family kecil kami..

dapat spend time together.. last hari Ahad untuk babah dapat bercuti weekend..

lepas ni kena tunggu kebih kurang 3 bulan lagi baru sampai turn weekend..

sebelum balik ronda2 Bandar Kota Tinggi isi perut..

nak makan kat Am Nasi Padang.. tetiba tersinggah Pizza Hut Pizza

 

“Happy Birthday ye Babah..

ni je yang ummi mampu berikan..

cuti surprise yang tak surprise sangat untuk birthday boy.. ngeh3..

semoga babah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

semoga diberi kekuatan untuk terus mengimamkan kami Smile

Ummi & Ilham will always love u!

Red lips

dah makan2..

kami bertolak balik rumah..Auto

ohhhh.. home sweet home..

Winking smile 

5 Wonderful Years.. Alhamdulillah ;)

|scheduled entry|

 

2013-10-20 16.55.54

 

alhamdulillah 18 oktober 2013 genap 5 tahun usia perkahwinan kami..

syukur ya Allah.. 5 tahun yang penuh dugaan..

angan2 nak sambut 4 beranak tahun tak kesampaian..

Allah ada perancangan terbaik.. Smile

 

macam biasa tak sah rasanya kalau tak celebrate..

plan punya plan punya plan..

yok bah kita celebrate kat “Absolute Thai”

ummi memang tak pernah try kat situ..

babah je la pernah try..

dia kata best gila..

nak juga rasa gila tahap mana bestnya tu kan Smile with tongue out

 

kami ke absolute thai medini mall kami petang ahad tu..

 

2013-10-20 16.01.52

 

“hospitality with a heRed heartart”

 

2013-10-20 16.02.55

 

tengok gambar dah ngencessss..

camano? Don't tell anyone smile

 

2013-10-20 16.03.27

 

menu semua yang babah recommend..

kalau ikut tekak larong ummi ni..

semua pun nak order..

Eye rolling smile

 

2013-10-20 16.02.32

 

hero2 pujaan hati ummi..

 

2013-10-20 16.04.19

 

ummi pulak nak posing dengan budak berangan ni..

 

2013-10-20 16.04.07

 

pantang spec sengetkan..

takut sangat saham jatuh..hehehe

bila dah pakai spec jek terus tanya ummi n babah..

“bah.. eshem??” “mi.. eshem??”

ye hensem sayang..

tak hensem pun ummi tetap sayang..

biar tak hensem rupa..

janji perangai elok tau..

In love

 

ummi berdezup ke secret recipe..

beli la kek 2 slices buat syarat Birthday cake

sampai semula ke absolute thai..

makanan dah terhidang..

yummmmmmmmmmmssss!!

 

2013-10-20 16.17.20

 

siakap stim limau yang super power..

fuhhhhhh.. terangkat..

 

2013-10-20 16.17.30

 

baby kailan yang enak..

 

2013-10-20 16.18.57

 

kerabu mangga sedap gila..

ok..taip sedap pun air liur nak meleleh..

hahahaha..

 

2013-10-20 16.51.10

 

2013-10-20 16.17.15

 

seafood tomyum..

fuhh.. mantop sekali..

kalaulah dapat buat sesedap ni kat rumah..

perghhhhhhh..meleleh peluh makan..

 

yang best interior design menarik..

rasa aman sentosa duduk dalam restoran ni..

semakin banyak menu nak dimakan..

erkkkkkkkkkkk..

Sick smile

 

2013-10-20 16.50.17

2013-10-20 16.50.22

 

last sekali..

sebelum meneruskan misi berjalan2 seterusnya..

taraaaaaaaaa..

 

2013-10-20 16.57.53

 

pulut mangga yang super yummy..

serius sedap..

patutlah adik saya hari2 nak tapau..

hehehe..

 

overall memang sedap sesangat..

harga pun berpatutan dengan kualiti makanan..

konfem lepas ni datang lagi..

kan babah kan??kan??kan??

babah dah janji hari tu..

jangan buat2 lupa Nyah-Nyah

 

misi seterusnya..

babah janji nak bawak ilham pergi zoo johor..

sekali keluar dari absolute thai dah pukul 4 lebih..

pung pang pung pang.. dah pukul 5..

apalah maknanya kalau masuk 15 minit je kan..

zirafah pun dah nak tidur hahaha..

so lalu depan zoo jek lah..

 

ronda2 bandar.. pusing2 then balik..

semalam konon nak pergi zoo lagi..

sekali lepas makan2 kat galleria kotaraya..

hujan pun turun dengan jayanya..hehehe

sian ilham..

tak apa lah ilham..

Allah belum nak izinkan ilham pergi zoo..

next time kita pergi ya..

kata babah kalau pergi pun nanti..

macam babah n ummi jek yang buat lawatan sambil belajar..

sebabnya masuk kereta je.. ilham ngempeng terus tidur..

macamana nak ke zoo gitu? hehehe

 

ok next time ye sayang..

Send a kiss

Menu Sempena Hari Bapa :)

menu tak berapa nak special pun..

tapi ikhlas dimasak dengan kasih sayang..

last year pun celebrate kat rumah je..

this year pun sama..

sian babah..

 

menu kami..

 

2013-06-16 13.24.13

 

siakap stim..

dan..

 

2013-06-16 13.22.01

 

kangkung goreng belacan..

tak ada potong2 kek bagai..

balik dari playgroup ilham..

masak2.. siap2..

ummi kepeningan.. duk rumah diam2..

 

Untuk ayah tersayang..

 

2013-06-18 17.34.33

 

Untuk encik suami tersayang..

 

2013-02-12 13.01.15

 

dan bakal bapa suatu hari nanti.. Encik Ilham Syahmi.. Smile with tongue out

 

2012-10-26 12.50.14

{co-pilot tok ayah Winking smile}

 

“SELAMAT HARI BAPA”

Semoga Allah memanjangkan usia kalian berdua.. mengampunkan dosa2 kalian.. dan merahmati hidup hidup kalian.. semoga menjadi ayah yang soleh untuk kami (kak long/ ana/ ayu) & bapa yg soleh kepada ilhams.. amin..

Red lips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: