Breastfeeding | Bekalan Untuk Ilham Syamil

Info Susu Ibu My Breastfeeding Journey My Hero Kechik - Ilham Syamil

alhamdulillah masih diberi peluang menyusukan anak syurga seterusnya ilham syamil. permulaan penyusuan yang sangat mudah dan tiada masalah setakat ini bulan yang ketiga. long way to go. semoga Allah permudahkan sehingga cukup 2 tahun. sama macam abang ilham, syamil juga akan mendapat hak menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama. tiada air masak mahupun susu formula yang akan diberikan kepada syamil selagi ummi diberi kudrat menyusukan. insya Allah.

hari kedua berpantang syamil disahkan jaundice dengan bacaan 14. fuhhhh sikit lagi nak ke 16. kata nurse kalau cecah 16 kena refer HSA dan kemungkinan senasib macam abang ilham dulu. kena tahan wad dan kena fototerapi. duduk bawah lampu biru lah apa lagi. 22 hari berulang alik ke KKGP, kesian adik syamil selang seli tapak kaki dicucuk nak ambil darah. setiap hari berdebar2 je hati ummi, takut kalau2 kena tahan wad. sebab rasanya macam trauma kejap duduk wad 2 minggu. babah dan mami ngah jadi assistant tukang bawa ke klinik, kadang2 mama cu. sepanjang jaundice tu, macam2 petua yang diberi, tapi faham2 jek lah mak buku sorang ni mana nak ikut. ada yang suruh bagi susu kambing kat syamil, titiskan anggur lah apa lah. semuanya ummi buat, tapi ummilah yang telan. syamil tak jamah sikit pun. perut syamil belum matang.

macam biasa sebelum naik kerja haruslah membuat persiapan fizikal mental. dari masa mengandung ummi dah buka semula buku2 nota saja refresh ilmu. alhamdulillah dalam masa mengandung pun ada ke kursus MBfPC jadi bertambah2 ilmu2 fresh. proses penyusuan susu ibu ini adalah proses pembelajaran yang tiada hentinya. kalau kita dah niatkan untuk menyusukan anak memang haruslah menggali ilmu2 penyusuan susu ibu. bagi saya nak menjayakan misi 2 tahun ni, “nampak mudah tapi bukan senang” lagi2 bagi ibu2 berkerjaya. faham kan maksud tersirat dan tersurat tu. jiwa kena kental meredah dugaan sepanjang tempoh penyusuan.

20150416205232

sejujurnya saya buat stok frozen expressed breast milk (EBM) ni agak lewat. sebabnya saya terlebih fokus pada jaundice syamil. dok kerapkan breastfeed syamil dampai mengabaikan stok frozen EBM. tapi bukanlah tak ada stok frozen EBM bermakna kita akan gagal menyusukan. tidak sama sekali. memang sejak ilham dulu saya tak simpan stok yang banyak. tapi alhamdulillah mencukupi. saya lebih suka bagi fresh EBM. frozen EBM ni back up andai kata production susu tiba2 merundum.

2011-12-16-12.53.51

macam biasa saya akan simpan fresh EBM dalam bekas ni. tujuan utama supaya susu tak menyerap bau2 makanan2 lain dalam peti sejuk. oh ye, peti sejuk saya peti sejuk 2 pintu. bahagian bawah tahan 5 hingga 8 hari dan freezer boleh tahan selama 3 bulan insya Allah. gambar recycle 😉

20150406_071900

fresh EBM yang saya siapkan untuk bekalan syamil. setiap kali pam jangan lupa letak label tarikh dan masa mengepam. setiap botol saya sukat 3oz EBM.

20150406_071937

tugas ummi pagi2, masukkan 5 botol x 3oz dalam coleman box, dan labelkan no 1 hingga 5. nombor yang terawal adalah susu yang diperah paling awal dari 4 botol yang lain. ianya bagi memudahkan opah untuk memanaskan susu nanti. jangan lupa letak ice pack. andai kata hari tu saya bagi frozen EBM, saya akan cairkan dulu di rumah, jadi opah tak perlulah bersusah payah mencairkan dan saya akan labelkan botol tersebut dengan nombor yang paling awal. opah akan bagi frozen EBM dulu untuk sesi menyusu pertama. setakat ni bekalan syamil 15-16oz sehari lebih kurang masa abang ilham dulu. alhamdulillah opah sanggup handle susu ibu. selagi saya mampu memudahkan kerja2 opah, insya Allah saya mudahkan.

20150406_072013

dah ready, silalah tutup coleman box tu kang cair pula ice pack nya hehe. sejak ilham memang box ni lah yang berjasa. walau nampak macam ummi nak pergi memancing tapi box ni lah yang menyelamatkan susu ummi untuk anak2 selama 8 jam bekerja. tujuan guna coleman box ni pula sebab tak nak menyusahkan dan menyesakkan peti sejuk baby sitter. selagi boleh dimudahkan, mudahkanlah ye ibu2.

ok itu saja buat masa ni nak share pasal bekalan EBM syamil. next entry saya akan share hasil perahan susu di pejabat. andainya ada kemusykilan tentang penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya. insya Allah saya akan membantu ibu2 semua. ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama kerana kita punya misi yang sama. semoga Allah permudahkan misi menyusukan ilham syamil.

untuk konsultasi penyusuan susu ibu, hubungi saya,

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!