Menu Raya 2019

Menu Raya 2019 | Assalamu’alaikum. Entri kali ni khas untuk menu hari raya 2019 bagi keluarga kami. Kali ni kami buat konsep potluck. Kalau raya yang sudah-sudah, kami masak menu pilihan masing-masing.

Bahagian Ummi, buat nasi impit, ayam masak merah dan juga sambal goreng jawa. Ummi memang tak reti buata ketupat, pandai anyama separuh jalan je lepas tu terburai hahaha. Jadi mampu sediakan nasi impit je la tetiap tahun. Ummi dan Babah apply cuti raya awal sehari, so dapatlah bersilat kat dapur dan Babah tolong kemas apa yang patut.

Jom tengok menu Dari Dapur Hernee Nazir.

Nasi Impit/ Ketupat Segera Adabi.

Ayam Masak Merah dimasak di pagi raya hehe.

Sambal Goreng Jawa dimasak oleh anak campuran Melayu Bugis ekeke.

Kari Daging ni Ummi masak untuk berbuka, ada lebih buat lauk raya juga. Itu saja lauk pauk raya hasil air tangan Ummi. Rasa berzaman pula Ummi terperuk kat dapur hehehe. Ok jom tengok menu lain hasil air tangan Nenek, Mommy Ngah dan Mama Cu.

Rendang Daging air tangan Mommy Ngah yang terpaksa berkerja di pagi raya. Ada juga burasak dan lepat lui Mommy Ngah beli. Sayangnya tak jumpa ikan parang. Kalau tak mantaplah menu tradisi orang Bugis tu.

Ungkep Ayam Kampung air tangan Mama Cu.

Ketupat Palas Nenek beli.

Ketupat ni pun Nenek beli.

Sambal Udang air tangan Nenek.

Lodeh hai mak lodeh air tangan Nenek juga.

Sambal Kacang Nenek beli.

Alhamdulillah, kekenyangan kami anak beranak. Menu-menu raya yang saling melengkapi. Jadilah kan dari tak ada. Macamana pun kami tetap pilih menu ketupat bukan nasi beriyani ke soto ke laksa ke. The best part, Abang Ilham dah boleh terima dan pandai makan ketupat.. yeay! Abang Syamil pulak dah reti makan pedas. Double Yeay! Harap berkekalan.

Dapat juga Ummi berkongsi menu raya dengan keluarga Babah di Batu Pahat. Lepas makan baru kami bergegas ke Tanah Perkuburan. Awak ingat kenyang sangat ke makan nasi impit ni? Nak tunggu ke petang tu mahu dua tiga kali repeat hehehehe. Korang masak apa menu raya? Mesti sedapkan hehehe. Nanti share ya. Ok stop dulu cerita raya.

To be continued!

530 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Menu Raya 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *