Ummi Ilham's Mini Garden

#ummiilhamsminigarden | Penambahan Pokok Baru Lagi

Pertambahan Pokok Baru | Assalamu’alaikum.. Update kebun mini Ummi. Lepas pantang semangat berkoabr-kobar semula. Hari-hari Ummi duk scroll IG tengok pokok-pokok rare aduhaiii makin membuak semangat tu. Sebelum Ummi mula naik kerja awal bulan hari tu, Ummi sempatkan diri melawat nursery hahaha.

Melawat la sangatkan. Melawat sambil membeli sepasu dua pokok hehehe. Terapi uols terapi.. my own self therapy. Sejak tu dah dua kali dah Ummi melawat nursery ni. Malas nak jengah nursery lain kita terjah Mega Speed, Pekan Nenas je.

Ummi Ilham’s Mini Garden kena langgar todak hahaha. Masa ni Ummi masih menyusun atur lagi.

Babah dah siap pasangkan rak dan susun pepokoks.

Jom tengok pepokoks baru Ummi.

Beli di Mega Speed.

Beli di Mega Speed.

Beli di Mega Speed.

Kaktus beli di Mega Speed. Nanti Ummi nak tambah koleksi lagi.

Poko tak tahu nama pemberian Mak Midah.

Ini pun dari Benut. Pokok Mak Midah. Layu sebab baru masuk pasu.

Dari Mak Midah juga.

Last but not least dari Mak Midah. Kesian Mak Midah jadi mangsa hahaha. TQ Mak Midah.

Snake plant, kawan Ummi bagi hasil dari minta Pak Guard Kilang JST hahaha.

Ficcus Lirata dari IKEA.

Dari Parit Raja, pemberian Mama Jie.

Ini pun Mama Jie bagi.

Campur je terusa ni. Spesis yang sama.

Daun pandan. Nampak dah ok sekarang. Thanks ya Mama Jie.

Bunga comel yang kembang pagi ni hasil minta dari Ekin. TQ Ekin. Semua orang jadi mangsa Ummi hahaha.

Beli dari Mega Speed. Masa ni singgah nak beli tanah sekali Babah tanya nak beli pokok tak? Berdezup Ummi turun pilih ahahaha.

Tambahan satu lagi. Daunnya cantik sangat.

Hanging pot dari Kaison Ummi semaikan Epipremnum Aureum aka money plant aka sireh puteri ehhhhh banyak tau nama dia ni.

Rak kayu ni Ummi beli dari Deko Hub di Shopee. Murah je. Orang Batu Pahat rupanya seller ni hehehe. Semua tugas menyambung dan memasang Ummi serahkan pada Babah. Thanks Babah.

Hoyeahhhhh dah siap! Dah gantung pun.

Rak ni nak bubuh kaktus. Tapi tunggu kaktus meriah la ya hehehe. Tunggu Ummi tambah lagi koleksi kaktus. Ummi dah create new instagram account khas untuk go green project Ummi ni hehehe. Jemputlah follow kalau sudi. Saja-saja je tempat menghijaukan mata. Memang makan hati lah kalau scroll IG mat-mat salleh yang rajin menanam ni. Aduhaii geram tengok pokok-pokok rare diorang.

Ehhh jangan lupa tau follow Instagram UMMI ILHAM’S MINI GARDEN.
TQ in advanced!

47 total views, 3 views today

3 thoughts on “#ummiilhamsminigarden | Penambahan Pokok Baru Lagi”

  1. Sekali dah menggila akan gile terus macam kena sawan masuk kedai pokok tau..tapi datangnya nanti malas, nak tengok pokok pun naik meyampah hahahaha *pengalaman Sis ko…

    Hahahaha ..geram cactus tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *