Salam Aidilfitri 1440H/ 2019M

Assalamu’alaikum..

Salam Aidilfitri 1140H/ 2019M buat semua pembaca herneenazir.com, keluarga dan sahabat handai dari kami sekeluarga. Mohon ampun dan maaf zahir batin andai ada salah silap terkasar bahasa dan penulisan yang menyinggung hati. Mohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum. Baru berkesempatan nak post di blog. Cuti raya blog pun sendu. Entri menu Ramadhan banyak hari lagi sangkut hahaha.

Alhamdulillah raya kali ni Allah izinkan beraya berlima. Ummi bersama hero-hero kesayangan. Abang Ilham kata “Kesian Ummi sorang-sorang je perempuan”. It’s ok Abang Ilham. Kasi can Ummi fefeeling Queen. Kalau Zara balik rumah kita nanti Ummi ada la geng dapur hehehe. Pertama kali Ilham Syahid muncul di blog Ummi. Cerita anak syurga Ummi ni masih belum sempat diluahkan lagi di blog. One fine day!

Sesi bermaaafan bersama keluarga kecil Encik Nazir.

Meliuk lentok Abang Syamil tu nak salam Babah. Well, dia kan sejenis pemalu orangnya hehehe.

Turn Abang Ilham pulak. Siap ada tazkirah Syawal sikit buat peringatan adab beraya hehehe.

Abang Ilham bermaafana dengan Ummi pulak.

Abang Syamil meneruskan liuk lentok dia. Suruh cakap selamat hari raya pun nak malu hahaha.

Masa Ummi bermaafan dengan Babah dorang pun tak nak snapkan gambar. Jadi terpaksalah Ummi wefie je dengan Babah hahaha.

Lepas tu wefie dengan mamat pemalu ni.

Budak dobot Ummi sorang ni sabar menanti. Dah siap berromper baju melayu memang ngam-ngam je hehehe. Lepas bermaafan anak beranak kami berangkat ke rumah Tok Ayah (macam jauh sangat bunyinya) dengan menu yang dah Ummi masak. Tahun ni kita berkumpul di rumah Tok Ayah.

Cerita di rumah Tok Ayah dan menu raya next entry.

83 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *