Shopping Kerepek Raya di Salleh Food

Shopping Kerepek Raya di Salleh Food | Assalamu’alaikum. Hai tinggal sehari aje lagi raya. Konfem korang dah settle beli kuih raya kan. Ummi macam biasa, beli kerepek raya di Salleh Food, Parit Kemang, Senggarang. Memang dah jadia pelanggan tetap. Sempat singgah masa balaiak berbuka puasa dengan Atok Tipah hari tu.

Promosi Biskut Raya 5 bekas RM105 di Salleh Food.

Kalau tengokkan kerepek dan cookies ni, rasa semua nak beli. Tapi ku tahan-tahan Jebat hahaha. Belilah mengikut kemampuan jangan mengikut hawa nafsu lapar hehehe.

Untuka setiapa pembelian melayakkan korang untuk join lucky draw. Hadiah motor tu. Makcik menang motor! hahaha. Lepas beli yang perlu dan yang laku di rumah marilah kita pulang ke Gelang Patah. Jadi apa yang Ummi beli?

Ummi beli kerepek pisang tanduk, kerepek ubi kari, kerepek ubi masin, cakar ayam dan kek batik. Cakar ayam tu saja tuan rumah nak makan hehehe tak buat raya.

Korang yang belum sempat beli kuih raya boleh lah terjah Salleh Food. Dijamin kerepeknya sedap-sedap belaka.

No. 143 Kampung Parit Kemang Darat,
83000 Senggarang, Batu Pahat, Johor.

130 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *