Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2019 – Day 12

Assalamu’alaikum..

Menu Ramadhan hari ke 12. Lama pula Ummi stop update ya. Tak ada mood bila gamabr dah banyak bersusun hahaha. Hari ni kita sambung semula. Here we go. Jom tengok apa yang Ummi masak.

Mee Goreng

Ummi yang terasa nak makan mee goreng. Maka balik kerja singgah kedai kejap. Ohh ini pertama kali Ummi guna mee kuning keluaran Gardenia. Not bad. Kurang bau kapur. So lepas ni boleh beli lagi.

Asam Pedas Ayam

Requested by Abang Ilham. Dia memang peminat tegar asam pedas. Korang jangan jemu la ya tengok menu sama je hehe. Dia kata “Ummi masak asam pedas hari-hari pun tak apa”.

Ikan Kembung Goreng

Kari Kambing.. Babah beli di cafe PTP. Kalau yang Babah beli ni semua rezeki kupon PTP hehe.

Last but not least, buah naga dan limau sunkist. Alhamdulillah syukur rezeki Ramadhan ke 12. As usual, sahur repeat menu yang sama.

58 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *