Messy Play Sangat

Assalamu’alaikum..

Cerita terperap 3 bulan ekeke. Ummi ambila peluang kasi can abang-abang ni bermessy play selepas berlatih menanah bersama Cikgu Babah. Port latihan memanah tak lain tak bukan tanah lapang di office Tok Ayah. tapi sekarang Babah dah tukar port baru. Nanti cerita entri lain. Sekarang kita fokus kat messy play.

Budak soran nai baru lepas terduduk masa ni hahaha.

Nampak tak memasing punya bahagia dapat main pasir, main tanah. Nak buat gunung berapai katanya. Messy Play ni bagus untuk anak-anak. Diorang memang suka sangat kalau Ummi ajak buat aktiviti macam ni. Kalau fikir kotor memang la kotor. Lagi-lagi masa ni diorang baru je lepas mandi. Tapi bila fikiran kelebihannya, ibu ayah mesti rasa tak pe lah nakkkkkk main je puas-puas.

Antara kebaikan messy play:

  • Melatih perkembangan otak
  • Mengeratkan hubungan ibu, anak dan adik beradik
  • Membantu perkembangan bahasa, motor halus dan kasar, kognitif, sosial, emosional, dan kreativiti

Sekarang hero Ummi dan bertambah. Setahun dua lagi bergabung la bermessy playa tiga beradik ya. Ummi is redho hehe. Abang Syamil dah bising tu tanya Ummi bila nak buat aktiviti lagi. Ok insha Allah lepas raya kita start semula ok.

129 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *