DDHN – Cendol Santan Gula Melaka Sedap

CENDOL SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:

1 peket cendol ~ cuci dan toskan
1 tin jagung manis
1/2 keping cincau
1/2 tin kacang merah
1 buku gula melaka
1 biji santan kelapa
2 helai daun pandan di simpul
air secukupnya
garam
ketulan ais

Cara-caranya:

Mula-mula sediakan air gula Melaka. Masukkan gula melaka ke dalam periuk bersama daun pandan (diikat) dan air. Masak sehingga gula Melaka larut. Tapis air gula melaka tadi dan biarkan sejuk.

Masukkan santan ke dalam periuk dan tambahkan air. Pastikan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Tambahkan secubit garam dan daun pandan. Jerang atas dapur sambil sentiasa di kacau hingga mendidih. Kemudian sejukkan.

Masukkan cendol, jagung manis, kacang merah dan cincau ke dalam jug. Masukkan santan dan diikuti gula melaka. Akhir sekali masukkan ketulan ais. Sedia untuk diminum! Oppsssss! puasa hehehe.

Taraaaaaaaaa.. siap sudah 1 jug Cendol Santan Gula Melaka versi Ummi Ilhams. Gambar ni macam tak menarik hahaha. Sebab Ummi dan malas nak masuk dalam mangkuk atau cawan. Jadi Ummi snap terus 1 jug.

Selamat menyendol uolls!

148 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “DDHN – Cendol Santan Gula Melaka Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *