Ummi & Stokin Ben 10

Assalamu’alaikum..

Saja Ummi nak simpan sini buat kenangan. Hari ni Ummi menyasor teruk hahaha. Dah siap-siap nak pergi kerja dengan situasi yang terlambat (of course tak dapat balik sharp 4.30pm) Ummi turun dan sauk stokin baru. Ecehhh.. stokin untuk naikkan semangat berkerja lah kekonon. Lepas tu terus masukkan dalam beg, sebab nak pakai masa dalam kereta.

Lepas hantar Syamil dan Syahid ke rumah Opah, Ummi dan Babah teruslah menuju ke PTP. On the way tu baru Ummi nak sarung stokin. Confident sarung stokin belah kanan. Sekali nak sarung belah kiri terus tergelak sesorang tengok Ummi pegang stokin Ben 10 Abang Ilham. Kahkahkah.

Adoiiii la hai. Baru handle anak tiga orang mak ko dah menyasor. Serious memang tak membelek pun stokin tu tadi. Babah kata sarung jek lah bukan orang nampak pun. Hmmmm.. tak tergamak ok Ummi nak pakai. Kesian Abang Ilham tu stokin Ummi belikan untuk raya. Kang kembang sebelah stokin dia hahaha.

Nasib baik Ummi ada standby stokin lain dalam kereta. Jadi Ummi pakai je lah stokin tu ekeke. Ummi kena makan kismis banyak-banyak. Lepas bersalin ni otak masih belum fokus. Kekadang melayang entah kemana. Semoga kembali sihat wahai otak Ummi ekeke.

111 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Ummi & Stokin Ben 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *