DDHN | Resepi Kuih Onde-onde Sedap dan Lembut

DDHN | Resepi Kuih Onde-onde Sedap dan Lembut

Assalamu’alaikum..

Ceritanya Mama Cu yang beriya nak buat onde-onde. Sekali dia busy. Tekak Ummi ni dah terbayang onde-onde. Jadi nak tak nak kena buat sebab nak makan haha. Maka terhasillah onde-onde versi Ummi Ilhams. Kalau dulu arwah mak ada memang kuih ni la paling kami rajin buat time puasa hehehe.

Kuih Onde Onde aka Buah Melaka

Bahan-Bahan: 

250gm tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras (untuk dapatkan onde-onde yang lembut)
5 helai daun pandan – kisar dengan air dan ambil jus secukupnya
Gula melaka – dipotong kecil
1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur 

Cara cara: 
Mula-mula bancuhkan tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus.

Gentel adunan dengan kemas menggunakan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.  Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau nak wangi boleh masukkan daun pandan.

Masukkan tepung yang dah siap dibulatkan tadi dan tunggu sehingga ianya timbul. Sambil-sambil tu boleh ajak anak main teka teki “banyak-banyak buah, buah apa apabila masak ia timbul?” Haaaaaa jawapannya tentulah buah melaka hehehe. Dah timbul tu bolehlah angkat, maknanya dah masak.

Masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Lepas tu bolehlah golek-golekkan onde-onde tu di atas kelapa parut tadi. Pastikan kelapa menyaluti onde-onde ya. Barulah best. Sedia untuk dimakan. Opppsss tunggu azan.. kan tengah puasa tu.. hehehe.

Selamat mengonde-onde! 😉

46 total views, 4 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: