Persediaan Di Dapur Sempena Ramadhan

Dari Dapur Hernee Nazir Tips Di dapur

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah masuk minggu kedua berpuasa dan Ummi masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk masak menu berbuka puasa. Rasanya selagi tak ada jemputan berbuka puasa insha Allah Ummi maintain masak macam biasa.

Kebiasaannya walaupun bukan di bulan Ramadhan, Ummi akan menyediakan bahan-bahan basah, lauk pauk, bahan-bahan kisar ni seminggu sekali atau bergantung pada availability of the stock. Mungkin ada ibu-ibu yang tak gemar prepare cili kisar, bawang kisar tu awal. Tapi bagi Ummi ianya sangat membantu Ummi di dapur dan sangat menjimatkan masa lagi-lagi tengah beranak kecil ni ha.

Untuk minggu pertama puasa, alhamdulillah Ummi sempatlah manage stock lauk dan bahan-bahan kisar seperti yang dirancang.

Stok ayam, ikan, daging dan udang. Ikan dan daging masih berbaki lagi. Udang dan ayam dan restock.

Stok cili kisar, bawang besar dan bawang putih kisar, halia kisar dan kunyit kisar. Memang dah terbiasa dan terikut cara arwah mak. Mudahkana kerja di dapur.

Tak dilupakan stok Pes Asam Pedas Mak Ijan dan Pes Sambal Serbaguna standby dikala waktu-waktu kecederaan hehehe. Full review boleh baca DI SINI. Kalau nak order boleh contact Puan Ayu ya.

Ohhh.. stok fresh milk, sayur-sayuran dan buah-buahan lupa pula Ummi nak snap. Ummi prepare stok ni semua dah macam tiada esok bagimu hahaha.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Persediaan Di Dapur Sempena Ramadhan

  1. Waaa samalah kita, sesiap susun setting satu-satu, blender semua, nak masak ye senang…cuma tak ngajin nak amik gambo hahahaha…tunggu stok baru masuk hahahaha

  2. assalamualaikum hernee…betul tu hernee mama yg dok umah pun lebih suka ada stok dlm ais box tu,lebih senang nak memasak bila semua bahan dah siap diblanderkn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!