DDHN | Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Assalamu’alaikum..

Ummi nak kongsi Daging Salai Masak Lemak Cili Api yag pernah Ummi masak tempohari. Dah lama ceritanya hehehe. Tapi Ummi lupa je nak post di blog. Daging Salai ni Nenek yang bagi lupa pula dari mana.

Jom tengok resepi ringkas daging salai masak lemak cili api.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Bahan bahan:

Daging salai 
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
2 kotak santan kotak
1 batang serai – dititik
Garam

Bahan tumbuk:

2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi (nak lebih pedas silalah tambah lagi ikut suka)

Cara cara:

Basuh daging salai bagi membuang kesan arang dan habuk semasa proses menyalai. Masukkan dalam periuk bersama air. Rebus sehingga daging empuk. 

Masukkan bahan tumbuk dan rebus bersama daging supaya bahan tumbuk mesra bersama daging. Jangan lupa masukkan daun kunyit dan serai.

Masukkan santan. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan asam keping dan garam.

Ok siap! Makan dengan nasi panas. Terangkat uolls. Nanti nak beli daging salai lagi. Kot lah rajin meh la menyalai sendiri. Ecehhh beriya.

Oklah selamat mencuba!

181 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 thought on “DDHN | Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *