Ramadhan 2019 – Day 4

Assalamualaikum..

Hai uolls.. bertemu lagi di entri Ramadhan hehehe. Entri kompilasi lauk pauk Ummi sepanjang Ramadhan. Masak campak-campak jek uolls. Kami makan apa semalam?

Ikan Siakap Bakar requested by Babah. Macam dah lama Ummi tak masak ikan bakar style ni. Jadi Ummi tunaikanlah permintaan Babah. Gambar ikan separuh je sebab kalau full nampak kekurangan ikan tu ekeke. Ekor dah terpeleot terlipat ke belakang. Malang nasib ikan ni hahaha.

Kari Ayam untuk Abang Ilham dan Syamil. Syamil komplen kari Ummi pedas hahaha. Ummi tak sangka diorang nak layan ikan bakar ingatkan tak sudi.

Sambal Ketuk requested by Babah. Babah ni suka makan pedas. Jadi lauk-lauk kena ada pedas sikit. Kalau tak kata dia macam lauak hospitala ekekeke.

Rezeki semangkuk Kupang Goreng Kunyit pemberian Ibu Aien. Thanks ya, Abang Ilham kemain suka.

Last but not least, “Roti Pap” hahaha. Kenapa Roti Pap? Entah la. Balik kerja Ilham bagi pada Ummi. Dia kata dia beli roti pap ni dari Ustaz Yusof di sekolah. Dia beli dua bungkus satu untuk Ummi dan satu lagi untuk Babah. Ummi cakap ni roti john. Dia kata bukan, ustaz ni roti pap. Gasaklah. Layankan aje.

Alhamdulillah rezeki hari ke empat. Hari ni Ummi plan nak masak Ayam Red and of course lah permintaan Abang Ilham. Lauk lain maybe sup sayur. Ok till then, babai!

88 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *