Terjebak Dengan Drama Nur 2 Episod 1 Hingga Episod 15

TV Program

Assalamualaikum..

Ummi menghabiskan sisa-sisa cuti bersalin dengan melayan drama Nur 2. Ikutkan sepanjang sebulan tempoh bersalin TV kat rumah ni tak di on langsung hehe. Lagi pun kalau on memang Ummi tak ada perasaan nak tengok TV. Kiranya dah boleh hidup tanpa TV ekeke. Tapi dek kerana cerita Nur 2 muncul terpanggil nak tengok dari mula sampai akhir.

Ya malam ni malam terakhir setelah melalui 15 episod yang penuh permainan emosi dan pengajaran yang tersurat dan tersirat. Tengok tu jangan terlebih emo, lebih baik cari pengajaran dari jalan cerita yang disampaikan. Kang tak memasal sakit darah tinggi, sakit jantung muncul lepas tengok Nur 2 hahaha.

Watak Nur, Ustaz Adam dan Ecah rasanya selalu mendapat kritikan kerana sifat naif yang ditonjolkan. Hakikatnya memang ada hamba Allah yang sebegitu di dunia realiti. Memang geram tengok perangai Ustaz Hamadi tapi Ummi rasa terhibur dengan dialog-dialog lucu beliau. Dalam Nur 2 muncul watak antagonis Juita. Ini lagi bikin penonton hangin satu badan hahaha. Lagi terhibur watak Uchee jiran Nur yang ala-ala makcik bawang. Dialog spontan beliau jadi viral ok hahaha. “Wongshe.. wongshe.. wongshe ustaz adam..”

Semua pelakon memang mempunyai bakat-bakat yang hebat. Apa pun memang best cerita ni. Carilah pengajaran yang cuba disampaikan ya, bukan menyumpah berbakul-bakul hehehe. Sungguh ujian untuk setiap manusia di muka bumi ni berbeza-beza. Lagi tinggi iman seseorang lagi kuat ujian yang di lalui contohnya keluarga Ayah Haji ni lah. Oklah, Ummi tak pandai pun nak review drama ni gila-gila. Bebel je bolehlah hehehe. Ok Ummi tak sabar nak tengok ending Nur 2 malam ni. Tinggal sejam lagi, semoga baby Syahid tidur dengan nyenyak sebab Ummi nak fokus episod terakhir Nur 2 ekeke.

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin

Penerbit: Fazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin

Ujian demi ujian telah datang kepada Ustaz Adam (Syafiq Kyle) dan Nur (Amyra Rosli) dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri.

Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, menyebabkan Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita (Azar Azmi), seorang pelacur baharu di kawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya.

Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Syed Hamadi (Azhan Rani). Walaupun meringkuk di dalam penjara, Syed Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah (Noorkhiriah) jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Syed Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Syed Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Syed Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Adakah Syed Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan seagalanya?

Klik link di bawah untuk menonton Drama Nur secara online di iflix atau di https://www.tonton.com.my

p/s Selamat menonton.. jaga emosi.. dorang tu berlakon je, dapat gaji.. sila jangan maki.. lepas ni mesti rindu nak tengok Nur lagi.. hehehe

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!