Aktiviti The Ilhams di The ‘Come Out & Play: Foodology’ Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour

School Holiday Activities

Assalamualaikum..

Cerita Sabtu lepas, aktiviti penutup sebelum sesi persekolahan bermula. Mommy Ngah bawa The Ilhams menghabiskan sisa-sisa cuti ke Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour. Macam biasa, inilah percutian paling dekat dengan rumah hahaha. Janji dua-dua happy.

Diorang tak pernah jemu pun ke sini, lagi-lagi kalau dapat ke Thomas Town tu,

Bemula 22 Mac hingga 30 April, bersempena musim cuti sekolah, Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town telah melancarkan satu lagi aktiviti menarik untuk anak-anak iaitu The “Come Out & Play: Foodology” Programme at Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town.

Anak-anak yang datang ke sini berpeluang menikmati sesi bertemakan sains makanan – menggunakan warna, tekstur dan eksperimen untuk memberi inspirasi kepada pembelajaran dan kreativiti melalui program ini.

Jom kita tengok apa yang The Ilhams buat kat dalam Fun Room 2 ni ya. Untuk pengetahuan ibu ayah, aktiviti ini bermula pada jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Jangan terlepas waktu tau. Rugi!

AKTIVITI 1 – LITTLE FOODOLOGIST


Aktiviti LITTLE FOODOLOGIST ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk mempelajari tentang pemakanan dan piramid makanan serta bagaimana kalori akan ditukarkan kepada tenaga menerusi sebuah permainan interaktif.

Nampak tu The Ilhams tengah fokus belajar tentang piramid makanan. Haaaa baru korang rasa selama ni Ummi tak tipu mana makanan berkhasiat mana yang tak berkhasiat kan hehehe. Bila dah dengar kakak-kakak ni tgerangkan tentang piramid makanan masing-masing tersengih-sengih. Lagi-lagi bila sebut makanan tak berkhasiat.

Kanak-kanak berpeluang untuk melengkapkan piramid makanan seperti dalam gambar. Haaaaa masa ni la nak uji ingatan mereka. Ingat lagi ke tak kategori-kategori dalam piramid makanan? Nanti Ummi nak test lagi The Ilhams.. ingat ke idok?

AKTIVITI 2 – COLOUR CRAZY

Lights, Lava, Action! percubaan mudah yang melibatkan air, minyak dan pewarna makanan. Eksperimen ini menunjukkan anak-anak bagaimana membuat lampu lava mereka sendiri.

Aktiviti Colour Crazy memberikan anak-anak cara yang menyeronokkan untuk melihat bagaimana susu dan pewarna makanan bertindak balas dengan sabun pinggan untuk mencipta corak yang berbeza.

Nampak tu The Ilhams tengah syok buat hands on activity. Nasib baik dua-dua sporting nak cuba hehe. Lagi pun diorang memang suka buat eksperimen macam ni. Ummi je kekadang tak cukup masa nak ajak diorang bereksperimen.

Lepas da puas bereksperimen, diorang sambung lagi main di playground. Kalau kat playground ni memang ambil masa la, selagi diorang tak penat memang berzaman la duduk kat situ.

Haaaa sambung pula di Purrfect Stage tengok Hello Kitty, Daniel and friends buat persembahan.

Kenapa la dia tutup mata tu, tak nak tengok kitty ke? hehehe

Thanks Mommy Ngah dan Daddy Ngah sudi melayan The Ilhams merasai pengalaman cuti sekolah dengan aktiviti The “Come Out & Play: Foodology” Programme at Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town.


Last pose dari The Ilhams bersama Barney hehehe. Nanti kalau free kita ke sini lagi ya. Pastinya ahli bertambah, kita bawa baby Syahid pula ya. Tunggu baby syahid dah besar hehehe.

Korang jangan lepaskan peluang bawa anak-anak ke Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town tau. Boleh berkesperimen dengan anak-anak.

Untuk info lanjut dan pembelian tiket ‘Come Out & Play: Foodology’ programme di THOMAS TOWN and SANRIO HELLO KITTY TOWN, sila lawati https://bit.ly/2CLuIHB!

Diskaun istimewa (Two-Park Pass) untuk sekeluarga dengan menempah tiket secara online menggunakan kod promo ‘OTF319’ (sah dari 1 March hingga 30 April 2019)

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Aktiviti The Ilhams di The ‘Come Out & Play: Foodology’ Thomas Town and Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!