Peminat Siakap Goreng Rahmat Boleh Terjah Port Makan Terbaru di Restoran Siakap Goreng Pendas Gelang Patah

Foods Review

Assalamualaikum..

Hai korang.. kalau korang peminat ikan siakap goreng Kedai Makan Rahmat Kg. Pasir Putih, Pasir Gudang korang mesti cuba juga ke port makan terbaru di Restoran Siakap Goreng Pendas ni. Menu yang sama dibawa khas ke kawasan Pendas, Gelang Patah. Yeay!!! Ummi suka! Dah dekat sangat tak payah jauh-jauh ke Pasir Gudang.

Tahniah untuk Encik Shahizal, (kawan Babah Ilhams) atas pembukaan restoran ini pada 22 Mac 2019 semoga bisnes berkembang maju insha Allah. Kami tak dapat datang masa opening tu almaklumlah Ummi dalam pantang. Tunggu habis pantang nanti kami terjah anak beranak ya. Babah pun tak sampai hati kot nak pergi tanpa Ummi ecehhh. Entah-entah Babah dah pergi senyap-senyap ekekeke.

Lokasi Restoran Siakap Goreng Pendas ni adalah dihujung kampung, Jalan Tanjung Kupang, Kg. Ladang. Berada di kawasan Tanjung Fishing Village, berdekatan dengan Restoran Tanjung Nelayan dan Restoran Terapung Pendas. Kalau korang dah biasa ke sini senang je nak cari lokasinya yang juga berdekatan dengan Kg. Pendas Baru, port favourite orang kampung (Ummi la tu) mahupun orang luar shopping fresh seafood from the sea gitu hehe.

Kawasan luar restoran. Sambil makan korang boleh tengok orang memancing di kolam ikan berdekatan. Nak memancing sambil makan pun no hal lah! hehehe.

Antara menu yang disajikan di Restoran Siakap Goreng Pendas. Meriah atas meja uolls. Menu utama of courselah ikan siakap goreng (deep fried siakap) yang sedap tu kan.. dicicah dengan kicap makan dengan nasi panas fuhhhh sedap! Must try ok! Bakal jadi port lunch Ummi dan Geng Jumaat ni nanti hehehe.

Ada berita baik untuk semua pelanggan sempena promosi pembukaan, setiap pesanan 2 ekor siakap goreng akan mendapat 1 ekor siakap goreng PERCUMA! Ya PERCUMA. Tak kiralah korang datang siang ke malam. Jadi apa tunggu lagi, ajak family, kawan, orang kampung, orang office cuba menu-menu sedap di sini ok. Lepas Ummi habis pantang sila ajak Ummi pula ya ekekeke.

Alamat:

Jalan Tanjung Kupang, Kampung Ladang, 81560 Gelang Patah, Johor.

Untuk tempahan:
http://www.wasap.my/60127470545

Waktu urusiaga Restoran Siakap Goreng Pendas

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Peminat Siakap Goreng Rahmat Boleh Terjah Port Makan Terbaru di Restoran Siakap Goreng Pendas Gelang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!