Projek Homemade Aiskrim Bersama The Ilhams

Homeschooling The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Cerita berminggu-minggu lepas. Ummi korang memang suka simpan cerita haha. Busy.. kepenatan mood pun kelaut nak menaip. Sampai rumah kadang rasa nak terbongkang terus. Akhir-akhir ni memang terbongkang pun ekekeke. Makan main beli je lah, kalau Babah tak penat dialah yang bertukar jadi Chef Babah. Thanks Babah!

Ok jom lah straight to the point cerita pasal aktiviti bersama The Ilham. Tak merepek panjang penat nak duduk lama-lama. Ni pun sempat guna laptop Babah hahaha.

Projek Homemade Aiskrim Bersama The Ilhams

Ummi kalau badan kuat sihat memang sejenis rasa tak boleh duduk diam. Nak je buat memacam aktiviti dengan anak-anak. Sebenarnya projek buat aiskrim ni Ummi pernah buat dengan Abang Ilham dulu, masa tu Syamil baby lagi. Boleh baca entri DDHN | HOMEMADE AISKRIM TRAFFIC LIGHT BY UMMI ILHAM. Ilham kan mana minat makan aiskrim lain selain dari aiskrim traffic light ni. Jadi Ummi ikut jek lah pilihan dia walaupun masa tu dia reject aiskrim traffic light versi Ummi kahkahkah.

Untuk projek kali ni, Ummi kena entertain dua orang client kecil hehehe. Ok, gambar kat atas tu bahan-bahan untuk Projek Homemade Aiskrim Bersama The Ilhams. Perisa ikut tekak hero-hero kecil ni

Bahan-bahan:

Sirap (requested by Abang Ilham)
Milo + Fresh Milk (Dutch Lady Pure Farm) (requested by Syamil)
Performance Drink (untuk Babah hahaha)

Ice-cream mold ni jangan dilupakan uolls. Boleh jadi biru muka kang kalau anak-anak tanya mana acuannya hahaha. Actually yang lama tu ada lagi rasanya dalam stor bersama-sama aksesori bento Ummi yang dah berterabur tu. Oleh kerana malas nak kumbah, Ummi beli jek lah 1 set baru dari Mr. DIY. Ada 4 ketul aiskrim cukuplah untuk empat beranak. Gitu kekdahnya.

Bancuhlah tiga perasa pilihan tu, dibantu oleh assistant yang berebut nak tolong Ummi. Dari kiri, Shaklee Performance Drink, air sirap dan juga air milo. Milo tu lebih untuk dua mold, sebab Ummi nak negcek satu hahaha. Apa rasa Performance Drink dari Shaklee tu? Of course la sedap, rasa oren masam-masam. Stok PD Babah banyak untuk aktiviti berbasikal jadi Ummi ambil la barang sesudu dua hehehe.

Bila dah siap bancuh bolehlah masukkan ke dalam mold.

Nak masukkan ni pun ada adegan berebut-rebut ya, itu perkara biasa. Masing-masing nak mencuba. Layankan je.

Ok dah siap.

Kita bekukan dalam freezer ya. Tapi Ummi kena bertabah la. Sebab tak sampai berapa minit masuk freezer sorang buka, sorang tutup, sorang buka lagi, sorang tutup.. ko rasa? hahahaha. Itulah ragam anak-anak yang super duper excited. Boleh jadi terkopak peti sejuk Ummi uiii. Bila nak keras aiskrim kalau macam ni gayanya.

Ummi pesan diorang petang baru boleh makan aiskrimnya. Biar betul-betul keras. Petang diorang beraktiviti dengan Cikgu Babah hehe. Aktiviti apa lagi kalau bukan aktiviti memanah hehehe. So penat balik memanah kita makan aiskrim yeay!

Nampak tu, siap terlentuk makan aiskrim hahaha. Ummi suruh posing dia pergi posing lentuk-lentuk pulak bujang dua orang ni.

Ok ini posing skema. Dua-dua puji sedap. Maka esoknya Ummi repeat lagi hahaha. Si baju putih tu jarang la dapat makan aiskrim beriya sangat, almaklumlah dia alergik sikit bab-bab sejuk ni. Ini pun Ummi tawakkal jek lah. Standby sesiap ubat batuk.

Alhamdulillah settled satu projek bersama The Ilhams. Nampak simple tapi cukup berharga buat Ummi. Bila masing-masing dah besar nanti, inilah kenangan kita. Selain belajar formal education di sekolah, ibu ayah juga kena usaha untuk jadikan setiap aktiviti di rumah tu sebagai aktiviti-aktiviti pembelarajan secara tak formal untuk anak-anak. Main-main dengan anak-anak tu pun belajar ok, meningkatkan daya kreativiti anak-anak. Kalau dulu Ilham memang Ummi ada joiin kelas Genius Baby On Board (GBOB) setiap weekend. Bila dengan Syamil ni, Ummi je lah kena jadi gigih sikit jadi cikgu kat rumah gabung aktiviti dengan abang sekali. Well, semua mak-mak pun pakai banyak “topi” bila di rumah. Dialah mak, cikgu, doktor, lawyer and the list goes on.

Ok stoplah bebel. Ada banyak lagi aktiviti kami yang Ummi belum masukkan dalam blog. Tengoklah bila kerajinan datang nanti ekeke. Untuk hari ni aktiviti kami, “Eksperimen Merendam Telur Dalam Cuka”. Wait and see the result after 12 hours ya! Of course dua orang budak cenonit ni tak sabar-sabar nak tengok result. Maybe this is the last activity before Ummi deliver our precious and special baby. Will update later ya! Stay tuned! Memuahhhhhhhhhh!

p/s Untuk kawan-kawan blogger especially JDT Blogger.. Ummi mohon maaf sebab dah lama tak blog walking di blog korang.. facebook pun Ummi layan mana sempat je. Sorry uolls! Nanti Ummi datang memeriahkan komen. Ummi sangat busy nak melangsaikan kerja-kerja di office sebelum check-in “hotel 5 bintang” ekekeke. Jadi mana yang penting Ummi dahulukan, lagi pun mood kelaut dalam. Again sorry!

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Projek Homemade Aiskrim Bersama The Ilhams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!