Permohonan Tahun 1 Ambilan 2020/2021 Dibuka Dari 1 Mac – 30 April 2019

Info Sharing

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2020 dan 2021 kini dibuka pada 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

  1. Permohonan melalui online:
     https://public.moe.gov.my/
  2. Permohonan manual di sekolah (APDM)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAHUN 1 AMBILAN 2020/2021:

  • 2013 dan kini (berumur 6 tahun pada 2019)
  • 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau
  • yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019)

CARA PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 SESI 2019/2020

  1. Sila layari https://public.moe.gov.my/
  2. Isi Butiran Lengkap – Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik pada ‘Pendaftaran Tahun Satu’ dan isi maklumat lengkap.
  3. Cetak – Cetak borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEPERTI BERIKUT:

  • Sijil Kelahiran Anak (salinan dan sijil asal)
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan dan asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh akhir permohonan adalah 30 April 2019.

PENTING!!! Sediakan juga buku kesihatan untuk melengkapkan maklumat berkaitan imunisasi anak masing-masing.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!