Projek Kutip Sampah Sungai Pendas

Quality Time With Ilham The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Cerita 19 Januari.. Babah busy join ISI-UTM Urban MTB Jamboree 2019 – 19 Jan2019, Ummi macam biasa kebosanan kalau tak ada aktiviti bersama The Ilhams bila cuti kecuali memang penat yang amat.

Pagi tu Ummi ajak diorang berdua sarapan di Warung Poyot. Lepas sarapan, macam biasalah aktiviti meronda sampai ke hujung kampung hehe. Bila tengok tak ramai orang, Ummi ajak la diorang turun ke tepi Sungai Pendas tu. Maka bermulah aktiviti kami, “Projek Kutip Sampah Sungai Pendas Bersama The Ilhams”.

View this post on Instagram

Projek Kutip Sampah Sg. Pendas oleh #TheIlhams . Dari semalam Ummi duk fikir apa aktiviti nak buat weekend ni.. nak join HS Johor 2019 Charity Program – Feed Homeless malam tadi badan tak larat pulak.. jadi kita buat aktiviti anak beranak je.. janji diorang enjoy dan ada pengisiannya.. . Alhamdulillah dua-dua bersemangat.. sampai tak nak balik hahaha.. tetiba ternampak bayang sorang uncle Pakistan ni dua-dua mencicit masuk kereta takut kahkahkah.. padahal uncle tu tunggu bas tak kacau pun diorang ??? . Selagi Ummi belum bersalin, kita buat aktiviti banyak-banyak ya.. Ummi tak reti penat ke? Penat juga, tapi puas hati.. hujung2 ni kena aktif mudah-mudahan senang nak bersalin nanti.. hehehe . Full story nanti kat blog ya.. . #ilhamsyamil #ilhamsyahmi #ilhamlearningphase #homeschool #homeschooling #homeschoolactivities #HSJohor #kidsactivities #parentingblogger #parentingjourney #bloggerjohor #JDTBlogger #bloggermom #herneenazirdotcom

A post shared by Hernee Nazir (@herneenazir) on

Tak ada lah projek besar-besaran mana pun. Sekadar meluangkan masa sambil beraktiviti. Nak bagi anak-anak sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Ummi bukanlah ibu yang banyak masa untuk diorang. Jadi pada Ummi memang perlu wujudkan satu aktiviti untuk anak-anak.

Ia juga salah satu “bonding time” antara Ummi dan anak-anak dan antara mereka adik beradik. Aktiviti di luar rumah sangat membantu perkembangan minda anak-anak juga menjadikan anak-anak lebih bijak dan kreatif. Aktiviti seumpama ini boleh memberikan pendedahan kepada deria sentuhan mahupun penglihatan dan sebagainya.

Mana yang termampu Ummi buat la untuk hero-hero ni. Kalau nak ikut aktiviti HS Johor memang banyak sangat. Tapi tunggulah adik baby dah keluar nanti baru kita join bersungguh-sungguh hehehe.

Jom tengok budak-budak yang excited nak kutip sampah. Menyambil juga tu baling batu.

Abang Ilham kumpulkan sampah-sampah tepi sungai tu di satu tempat.

Apa abang buat, konfem si adik follow je. Dia pun laju je la mengutip sampah dan kumpul di tempat yang sama.

Matahari dah makin tinggi, Ummi dah ajak diorang berhenti dah. Tapi memasing bo layan hahaha. Ummi suruh la dioraang posing kejap dan itulah gaya yang Ummi dapat. Kemain! Masing-masing happy buat aktiviti ni tau.

Siap nak berehat sekejap kat bot. Penat kutip sampah katanya.

Last pose sebelum balik walau hati mereka tak rela. Dorang rela balik bila nampak ada seorang Uncle Pakistan sedang berlegar-legar di kawasan lapang tu. Padahal Uncle tu nak tunggu bas, diorang yang ketakutan terus mencicit masuka kereta haha. Don’t worry anak-anak, ada masa kita ke sini lagi. Bukan jauh pun jerit dengar dari rumah ekeke.

Ingatkkan lama la gap nak buat aktiviti ni, ehhh minggu depannya ke sini lagi kami lepas sarapan di Warung Poyot. Mula-mula Babah kata nanti-nanti je, sebab nak gotong royong kemas rumah. Tapi dia tak sampai hati kot anak-anak dah merengek nak buat benda baik. Layankan juga.

Aktiviti kutip sampah kali ni versi ada Babah. Yeay! Masing-masing super duper excited. Nak cerita kat Babah inilah aktiviti yang diorang buat last week.

Dah tak payah bagi arahan, dah tahu apa nak buat.

Syamil tu kutip sampah sambil-sambil baling batu kelaut. Haippp! Babah kata taka boleh lama-lama, rumah kita nak kena kemas juga. Nanti Sungai Pendas bersih rumah kita yang serabut hahaha. Jenuh juga nak pujuk tu.

Babah kasi can la tumpang landing kat bot ni kejap. Berkenan sangat gamaknya. Dah besar nanti belilaha bot sorang sebiji bawa Ummi dan Babaha ronda depan Forest City lajak sikit depan PTP ekekeke.

Sebelum balik Ummi selfie sesorang dengan background tiga hero kesayangan. Jangan ditegur muka kemek Ummi tu. Panas terik dah tu hahaha. Muka tak semenggah hahaha. Ok, nanti Ummi kongsikan lagi aktiviti dengan anak-anak. Ummi cuba usaha luangkan masa selagi mampu. Lepas ni hero dah bertambah, kesian takut abang-abang terabai seketika.. hopefully not! Babah still mampu meneruskan aktiviti dengan anak-anak hehehe.

Insha Allah Sabtu ni kalau tak ada aral melintang, Ummi dan Babah nak bawa diorang ke Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town. Kita guna tiket free hadiah Consolation Prize Winner – The Puteri Harbour-Astro Fun Escapade Influencer Challenge . Alhamdulillah rezeki anak-anak yang sentiasa mendoakan Ummi. Kita enjoy! Ehhh korang la yang enjoy dengan Babah.. Ummi mampu duduk dan tengok je ekekeke. Kang kalau Ummi yang beriya enjoy main dengan korang, ada yang terberanak kat Hello Kitty kang. Terpaksa diorang sponsor kita anak beranak tiket free seumur hidup nanti hahaha. Ummi ko dah start mengarut!

Ok till then.. bye!

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Projek Kutip Sampah Sungai Pendas

  1. Bagusnyaaa…
    Meh laa datang rumah aunty plak, buat projek kutip sampah pulak sambil mencuci lantai luar hahahahaha.. :p

  2. Suka la cara akak bonding dengan anak2 sambil terapkan dalam diri diorang nilai yang baik2..insya’Allah nanti ada anak, nak buat juga aktiviti macam ni..dengan anak2 buah pun boleh..kalo mak pak dia kasi..hahahha

    1. akak buat mana yang termampu n ikut gaya sendiri je sunah.. nampak mcm budak2 belum faham tapi kalau hari2 kita cakap benda yg sama.. lama2 masuk gak kat kepala diorang.. diorang akan cakap balik apa kita pesan tu.. sementara ni sunah blh praktikkan pd anak2 buah hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!