Aktiviti Berkhemah Dalam Rumah

Aktiviti Berkhemah Dalam Rumah

Assalamualaikum..

[AKTIVITI BERKHEMAH DALAM RUMAH] ️️️

Aktiviti The Ilham hari ini, berkhemah dalam rumah je. Diorang merengek ajak Babah jalan-jalan tapi Babah nak mengayuh. Jadilah nak oii berkhemah dalam rumah lagi syok. Dari korang duk berzikir ajak pergi berkhemah tepi pantai kan, memang tak larat la Ummi nak ke pantai tu walaupun hati Ummi menginja-nginja nak pijak pasir pantai. Meh la main khemah-khemah dalam rumah.

Tak payah keluar modal untuk aktiviti berkhemah dalam rumah. Pakai je la gebo (selimut), bantal, tilam, comforter, kerusi dan apa-apa yang ada. Ummi Babah tak marah pun

Dengar cerita malam ni nak buat unggun api. Nak tidur dalam khemah katanya hahaha. Nanti malam Ummi buka sound effect bunyi cengkerik, bunyi burung hantu sikit.. sikit je.. bagi feel hehehe. Tapi takut-takut ada yang terus panjat katil pula takut bunyi burung hantu Ummi cakap kat diorang biasa orang berkhemah malamnya ada buat persembahan, jadi malam ni sorang-sprang kena buat persembahan. Amacam?

Zaman Ummi pun khemah macam ni lah Ummi buat main dalam rumah dengan sepupu sepapat tau. Lagi ekstrem dari ni pun ada. Berkhemah kat kereta buruk arwah Tok Abah hahaha. Siap pakej main masak-masak ok. Nanti kita balik kampung Ummi ajak main masak-masak macam Ummi main dulu. Kita acah-acah buat aktiviti survival skil. Amacam? hehehe. Haaaa buat masa ni korang rasalah syok tak berkhemah dalam rumah tu.

Ok ibu ayah boleh la layan anak-anak ajak berkhemah dalam rumah macam ni walau tak guna khemah sebenar. Kita buat gaya tradisional zaman kita kecil-kecil dulu. Sambil tu dapat luangkan masa dengan anak-anak dan diorang dapatlah “bonding time” adik beradik walaupun kejap baik kejap bercekau dua beradik ekeke. Normallah tu kan. Dulu kecil-kecil kita pun gitu juga.

Ok have fun with your children!

UPDATE MALAM TADI

Alhamdulillah dua beradik ni nyenyak tidur sampai ke pagi. Lintang pukang tidur. Masa awal-awal nak tidur, Babah la tukang bobok. Almaklumlah yang si kanan tu mana boleh kalau tak tidur kat lengan Ummi atau Babah. Mula-mula tu Ummi ada dengar suara-suara halus nangis masa Babah turun bawah kejap. Abang kata Syamil sedih Ummi tak peluk dia hahaha. Bila Babah naik semula baring sama-sama akhirnya dua-dua tidur.

Pagi tadi bila Ummi tanya feedback tidur dalam khemah, Abang Ilham kata best malam ni nak tidur lagi hahaha. Syamil kata tak best, sebab tak ada siapa nak peluk Syamil.. Aloooorrrrr kesian baby tua Ummi ni hehe.

Itu aje updatenya.. aktiviti berkhemah dalam rumah.. sukses!! 😉

229 total views, 1 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “Aktiviti Berkhemah Dalam Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: