“Ummi.. belikan Ilham kertas pasir boleh? Ilham nak makan..”

My Hero Kechik - Ilham Syahmi The Ilhams Learning Phase

“Ummi.. belikan Ilham kertas pasir boleh? Ilham nak makan..”

Tak ke terkejut beruk Ummi dengar anak dia nak makan kertas pasir. Apa kurangnya masakan Ummi sampaikan Ilham sanggup nak makan kwrtas pasir. Seingat Ummi kertas pasir tu cikgu Ummi suruh licinkan permukaan kayu. Berat betul permintaan anak yang sorang ni. Ampuni Ummi Ya Allah.. dugaan apakah ini ??‍♀️??‍♀️??‍♀️

“Ilham tahu tak kertas pasir tu apa?”

“Ilham tahu.. ye Ummi kertas pasir tu boleh makan.. kawan Ilham yang bagi” (muka confident habis!)

“Ehhh.. biar betik kawan Ilham ni.. kertas pasir tu bukan makanan.. gunanya nak haluskan permukaan sesuatu benda contohnya kayu.. papan..mana boleh makan.. tercekik boleh mati” (Ummi ko ulang contoh yang sama jek la ??)


“Ummi tak percaya eh.. ibu kawan Ilham belikan dia.. kertas pasir tu segi empat dalam plastik.. rasa dia pedas-pedas.. sedap.. ada gambar orang pakai topi merah.. dia senyum tulisan bahasa Jepun..”

Nak gelak besar rasa dengar ayat penjelasan dia tu. Dalam otak Ummi dah terbayang. Ni mesti dia nak cakap Tao Kae Noi Crispy Seaweed Hot & Spicy tu kan. Ummi pun tak pernah beli nak.

“Itu bukan kertas pasir nak oiii.. itu namanya seaweed.. makanan orang Jepun.. kalau suka makan sushi boleh la makan seaweed tu.. Ilham mana suka sushi.. jangan bikin malu Ummi oii panggil seaweed kertas pasir hahaha nanti Ummi belikan”

Tadi kebetulan ke Aeon Bukit Indah, dia request nak “kertas pasir”. Jadi Ummi beli la sushi sikit. Beli tuna handroll sekali. Seaweednya Ummi bagi dia merasa sebab Ummi malas nak ronda cari seaweed pack. ?

Nahhh itu reaksi dia bila dapat makan “kertas pasir” tercapailah hajat. Tak ngences lagi. Tapi dia tetap suruh Ummi cari kertas pasir yang pedas itu ???

Hai lah anak.. request yang aneh-aneh. Nasib Ummi tak lurus bendul pergi belikan kertas pasir betul hahaha. Terima kasih kerana mewarnai hari-hari Ummi dan Babah dengan lawak antarabangsa Ilham tu ya. Mesti nanti Ummi rindu moment ni bila Ilham dah besar.

Loading

Related Posts

4 thoughts on ““Ummi.. belikan Ilham kertas pasir boleh? Ilham nak makan..”

  1. Hahahaha adoiii Ilham oii..
    Terkejut gak aunty ko baca, kalau kertas pasir tu boleh makan, habis laku terjual di hardware hahahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!