JDT Blogger di Pelancaran Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

Assalamualaikum..

Cerita minggu lepas, Ummi menghadiri Pelancaran Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit” di LEGOLAND® Malaysia bersama-sama geng JDT Blogger yang lain.

Gigih pula Ummi terboyot-boyot ke sini. Last event sebelum bersalin katanya hehehe.

Gambar makan Ummi tak ada snap. Gambar makanan je yang penting ekekeke.

Jamuan ringkas di adakan di Pizza Mania. Thanks for the delicious food.

Mee hoon goreng tu sedap gila. Menyesal Ambil sikit haha. Pizza of course la sedap.

Ummi ni memang peminat croissant. Tapi ni first time makan salted egg croissant. Ya ampun sedap sampai tahap nak nangis. Seriouslah! Terasa-rasa ni tau. Mana nak dapat selain masuk Legoland? hehehe. Ada sesiapa jual tak? or any cafe yang ada menu ni.

Sempat wefie dengan Mak Lin.

Kemalasan sungguh hehehe. Gambar ramai-ramai sebelum berpisah. Dari kiri, Ajan, Fara Didi, Ummi Ilhams, Sunah, Ain, Iman, Mak Lin dan Sis Lin. Tak masuk dalam gambar aka photographer Kim Tan.

Geng JDT Blogger yang lain enjoy berjimba di Legoland Theme Park.

Sambil terkedek-kedek berjalan kaki ke luar dari Legoland tu sempatlah Ummi snap gambar-gambar kat bawah tu. Memang dah lama tak meronda Legoland. Anak-anak pun dah bising hehehe. Ummi balik awal, almaklumlah half day je hari tu, kena sambung masuk office. Kalau cuti pun tak sanggup ui nak meronda Legoland, takut pula baby jadi duta Legoland kalau terbersalin kat sana ekekeke.

Tempat Ummi dan Babah mencari rezeki.. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak mengais tak makan ekekeke.

Impian The Ilhams nak tidur kat Hotel Legoland ekeke. Macam biasa Ummi suruh diorang gunakan kuasa doa.. doa.. doa.. kot Ummi ada rezeki Legoland invite tidur di Hotel Legoland ni kan who knows hehe.

Thanks Legoland for the invitation. Next time jangan lupa invite JDT Blogger lagi ok. Baru nak jalan lenggang kangkung sekali kena tahan dengan staff Iskandar, nak buat survey. Ummai layan je la walaupun rasa nak cabut lari malas jawab survey ekekeke.

Thanks again Legoland sebab bagi ole-ole ni. Dapatlah Ummi sedapkan hati mamat dua orang tu demi menutup mulut diorang dari membebel sebab kena tinggal tak dapat ikut ke Legoland.

Nampak tu Syamil kemaian happy. Sorang lagi tukang semak apa work Ummi kena buat amboi kemain. Ingatkan tak membebel la kan.. tapi bila tengok gambar-gambar Ummi kat handphone, lagi panjang muncung memasing. “Sampaia hati Ummi tak ajak kitorang”.. Alahai sedih benor. Sorry sayang-sayang Ummi, ada rezeki nantia kita ke sana ya. Alaaa bukan tak pernah pergi Legoland pun kan. Teruskan berdoa ya anak-anak.

Till then, itulah cerita JDT Blogger di Pelancaran Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

295 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4646

2 thoughts on “JDT Blogger di Pelancaran Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

Leave a Reply to Hernee Nazir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!