My Pregnancy Journey | Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (Blood Sugar Profile – BSP)

Pregnancy Journey

My Pregnancy Journey | Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (Blood Sugar Profile – BSP) – Assalamualaikum. Macam yang Ummi dah ceritakan dalam entri-entri lepas, mengandung kali ni juga Ummi tak terlepas dari menjalani Modified Glucose Tolerance Test (MGTT). Redho je lah kan, sebab pregnancy yang lepas ada sejarah Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Minggu ke 12 Ummi dah dapat appointment minum air bandung 3 rasa gula yang sedap itu. Tapi masa tu nurse KK Desa Paya Mengkuang pesan, kalau morning sickness masih teruk tak payah datang dulu. Ummi gagahkan juga, malas la nak delay lambat laun kena minum juga kan. Malamnya tu silalah berpuasa bermula jam 10pm ya.

Nahhh jemputlah minum barang secawan dua ekekeke. Tengok gambar ni pun kembang kuncup rasa tekak Ummi tau. Korang bayangkan bila kena minum. Ada orang main ngelat, minum separuh lepas tu curi-curi buang dalam sinki. But not Ummi ok. Tak baik tau tipu hehe sendiri merana kang. Lantak le minum je le, redho je apa pun keputusan yang keluar.

Masa Yang Dinantikan..

Sebelum 8am Ummi dah terpacak di klinik. Ambil darah dan menanti turn minum air gula. Haaaa biru.. hijau muka kau nak menahan rasa loya tu. Tipsnya jangan minum sikit-sikit. Tarik nafas togok je lah sekali lalu. Kalau sikit-sikit konfem terkeluar semula ui. Nanti kalau dah muntah kena la minum sekali lagi. Tak ke haru. Dah siap minum tunggu lah 2 jam lagi sebelum nurse ambil darah sekali lagi untuk check result selepas minum air gula.

Kantoi Dengan Si Kembar

Tengah duk menanti waktu yang 2 jam yang serasakan seperti 2 tahun itu, tetiba muncul si kembar dua orang ni dengan ibu dan ayah mereka. Yeay! Ada la yang teman Ummi Long nak kill thw times kat klinik ni. Kalau tak Ummi Long scroll-scroll handphone je sambil dengar zikir. Pagi tu macam tak ada mood nak berbual haha. Kembar datang terus mood Ummi Long happy hehe. Geram tau depan Cik Pah dua orang ni. Nasib depan rumah je senang nak jengah walaupun kekadang rasa sebulan sekali jumpa hahaha. Tunggulah dah besar sikit Ummi Long kidnap dua-dua. Yang bulat tu si kakak Sharifah Nur Shafa yang slim sikit tu si adik Sharifah Nur Shifa. Dua-dua kembar ni favourite babies The Ilhams. Suka sangat sampai cakap kat Ummi nak Adik kembar hehe. Kalaulah Ummi boleh cetak dah lama Ummi cetak kembar 5 terus ehhhh

Setelah seminggu, maka result pun keluar.

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) Result

Fasting – 4.9 mmol/L

2 hours – 8.8 mmol/L

Tengok result after 2 hours tu memang dah rasa hmmmm.. marilah kita berhuhu. Maka bermulalah episod Blood Sugar Profile (BSP) pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Seperti yang lepas, Ummi hanya buat BSP test tu sendiri je. Sebab Ummi rasa kurang masa nak ulang alik ke klinik, almaklumlah kita ni makan gaji kena la beringatkan. Lainlah Ummi ada share dengan PTP tu hehe. Lagi pun malas nak renyah-renyah. Bermula 29 Sept 2018, Ummi kena buat BSP. So far baru 6 kali sesi BSP. Semuanya dibuat sebelum sesi appointment dengan doktor.

Nah jemput tengok result Ummi. Paling latest BSP reading semalam.

                   DatePre Breakfast (mmol/l)Pre/ Post Lunch (mmol/l)Pre/ Post Dinner (mmol/l)Pre Bed (mmol/l)
29/094.23.94.65.9
27/104.84.34.84.5
01/125.03.95.05.5
2/124.23.94.44.7
6/13.84.23.95.7
29/14.76.24.67.3

Setiap kali sesi BSP tu Ummi snap gambar, kot lah nurse tak percaya ke kan apa yang Ummi tulis kat buku tu. Ummi ada la bukti bergambar untuk rujukan gitu. No cheating ok!

Dari BSP pertama hingga ke 5, doktor kata result ok masih terkawal kena teruskan diet GDM. Cuma ada dua kali sesi semalam 11.30am dan 8.30pm nampak bacaan tinggi sikit lepas border. Pagi tu Ummi sarapan mee goreng sikit dan popia 3 ketul. Petang tu pula Ummi alas perut makan roti. Sekali tengok result erkkkkk. Boleh tahan tinggi.

Tadi nurse kata lebih baik awak makan nasi terus . Aduhaii. Kesilapan memilih menu semalam sebab dah lapar sangat. Sebelum balik singgah la kedai kat office tu beli roti sambil tunggu Babah. Takpelah jadikan pengajaran.

My Pregnancy Journey | Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (Blood Sugar Profile – BSP)

Ni result Glycated Haemoglobin. Resultnya 5.2 (Reference range 3.6 – 6.2). HbA1c level for Diagnosis Level of Diabetes.

Sebenarnya ni Ummi masih tunggu turn berjumpa doktor pagi ni. Nampak gayanya memang lambat la ni. Perut dah kriuk kriuk. Harap doktor tak bebel la result BSP reading semalam. Nanti Ummi update semula apa doktor punya update ya. Sempat scheduled 2 entri ok nak tunggu turn.. silap-silap siap lagi 2 3 entri ni hahahaha.

Update doktor – Yang BSP reading tinggi tu kesilapan pilih makanan kata beliau. Next time kena hati-hati. Hb ok. Next check up KKGP 17/2/19.

Till then, babai!

Untuk yang nak buat BSP reading sendiri boleh refer post kat bawah ni ya..

BACA JUGA:

Pemantauan Sendiri Blood Sugar Profile (BSP) – Step By Step

DIABETES IN PREGNANCY

Loading

Related Posts

9 thoughts on “My Pregnancy Journey | Pemantauan Kawalan Glukosa Dalam Darah (Blood Sugar Profile – BSP)

    1. hahaha lepas tu lupa set time.. mereput dalam draft..patut la pelik apesal x keluar entri ni..kahkahkah

  1. Alhamdulilah sepanjang hamil tiga-tiga anak belum pernah sekali minum air gula..
    Dan takde segala penyakit brangkat pembawa budak..rezeki anak laaa..

    Bertabahlah ye Umi huhuhu..
    Moga semuanya dipermudahkan…

    Makan salah tak makan pun salah adeiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!