Motherhood Journey Pregnancy Journey

Kelengkapan Bayi.. Beli Baru Atau Pakai Semula Yang Lama?

Assalamualaikum..

Hai uolls.. gigih Ummi menaip sambil baring nak buat entri ni ekeke. Sekarang blog banyak update through phone je. Nak hadap PC memang tak larat nak duduk lama.

Saja nak berbual santai tentang persediaan menyambut orang baru. Saja nak tanya korang, untuk kelengkapan bayi, korang beli baru 100% atau pakai semula kelengkapan bayi terdahulu yang masih elok?

Bagi Ummi, mana kelengkapan atau pakaian abang-abang yang masih elok memang Ummi akan recylce. Guna la semula especially barut, kain bedung, baju, seluar, stokin dan lain-lain. Jangan membazir. Basuh semula dan gunalah untuk pakaian harian bayi baru nanti.

Cerita bulan lepas, gigih Ummi membasuh pakaian abang-abang yang boleh jadi turun termurun ke adik. Semua kondisi masih ok. Barut sehelai pun tak beli baru. Semua barut Abang Syamil masih ok.

Macam set tilam tu memang kena beli baru la.. yang lama dah benyek hehehe. Bantal pun dah leper. Baju-baju baru pun Ummi ada belikan. Takkan lah sampai hati Ummi ni tak nak belikan sikit pun baju baru untuk baby baru ye tak?

Apa pun ibu ayah kena tengok poket masing-masing ya. Selagi boleh jimat kita jimat. Ummi dan Babah pun beransur-ansur beli barang baby. Malah kami menabung dengan masing-masing pasang target sendiri sepanjang Ummi pregnant. Nanti insha Allah, Ummi kongsikan hasil tabungan Ummi sepanjang 8 bulan pregnant ni dan masih lagi memabung selagi tak bersalin hehehe.

Ok, till then.. jumpa lagi next entry.

331 total views, 3 views today

2 thoughts on “Kelengkapan Bayi.. Beli Baru Atau Pakai Semula Yang Lama?”

  1. bestnya menanti orang baru ni..tak sabar pulak rasanya.Mana yang boleh dipakai, i pakai je…Beli sikit je sebab baby kan cepat besar, nanti sebulan dua, boleh beli lagi..Tengok kepada keperluan..

  2. Assalamualaikum hernee….bestnya nak sambut baby baru la…alhamdullilah mana yg elok tu mmg boleh digunakan lg…mana yg kurang tu bolehlah beli yg baru kn…x sabo rasanya nak tengok adik syamill n Ilham…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *