LEGOLAND® Malaysia Lancar Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

Media Invitation

Assalamualaikum.

LEGOLAND® Malaysia Lancar Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

Bermula pada 24 Januari 2019, korang pengunjung setia
LEGOLAND® Malaysia berpeluang merasai sendiri pengalaman menonton LEGO® City 4D Movie bersama seisi keluarga. Amboiiiii.. suka la tu kan.

Menurut Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort Kurt Stocks,
LEGOLAND® Malaysia Resort menjadi Legoland pertama di dunia melancarkan LEGO® City 4D – Officer in Pursuit. Filem terbaharu itu akan memberi pengalaman yang hebat dengan kesan 4D seperti pecahan gelembung buih, angin yang kuat, percikan air dan asap buatan.

Pelancaran rasmi LEGO® City 4D – Officer in Pursuit 
Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort bersama LEGO® Emmet dan LEGO® Policeman.

Pada tahun 2019, LEGOLAND® komited untuk memperkenalkan daya tarikan baru untuk memastikan taman ini sentiasa menarik untuk semua pengunjung. Pengunjung boleh menyertai aktiviti dan merasai sendiri pengalaman yang menyeronokkan dan pada masa yang sama membolehkan kanak-kanak bermain sambil belajar.


CS Lim, Pengarah Kewangan LEGOLAND® Malaysia Resort, Mahendira Raj, Pengarah Kesihatan, Keselamatan dan Keselamatan LEGOLAND® Malaysia Resort dan Encik Kurt Stocks, Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort mengalami kesan cuaca yang realistik seperti gelembung buih , percikan air dan angin kencang.

Seriouslah, memang basah tudung Ummi semalam kena percikan air tu tau. Kalau The Ilhams ada mesti terjerit pekik diorang dapat merasai pengalaman kesan 4D yang best ni.

LEGOLAND® juga menganjurkan LEGO® Movie Event Days bermula 24 Januari sehingga 31 Mac 2019, bersempena dengan filem terbaru LEGO® Movie 2: The Second Part yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Pelbagai aktiviti menarik sempena pelancaran LEGO® Movie Event Days, antaranya pengunjung berpeluang mendekati watak-watak kegemaran dari filem termasuk:

❤️ ️ The LEGO Movie : Scavenger Hunt
-Wyldstyle, MetalBeard, Unikitty dan Benny telah kehilangan jalan dan Emmet memerlukan bantuan untuk mencari rakan-rakannya di Miniland.
️ 
❤️ The LEGO Movie : Mystery Mosaic

– Para tetamu bekerja bersama untuk membantu membina mosaik LEGO misteri sepanjang hujung minggu.
️ 
❤️ Character Meet and Greet Session

– Temui Emmet, Wyldstyle dan watak-watak baru dalam sesi meet and greet.

❤️ ️ LEGO Movie Building Activity
– Bina kapal angkasa dan melarikan diri dari Invaders Alien yang menyerang Bricksburg. Pembina terbaik akan memenangi koleksi eksklusif dari filem itu.

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, pengunjung juga boleh menikmati dekorasi menarik ‘Garden of Prosperity’ di LEGOLAND®. Korang turut serta dalam aktiviti Festive Building Activity di mana korang berpeluang membina Panda dan oren Mandarin dari LEGO® Bricks. Terdapat juga pertunjukan menarik seperti Lion and Dragon Dance untuk meyemarakkan lagi pesta Tahun Baru.

Istimewa untuk pemegang MyKad nikmati harga promosi dengan pas tahunan baru iaitu:

❤️ RM239 untuk dewasa 
❤️ RM190 bagi kanak-kanak (3 hingga 11 tahun)

Akses TANPA HAD ke LEGOLAND® Theme Park,
LEGOLAND® Theme Park
termasuk pas masuk SEA LIFE Malaysia yang bakal dilancarkan pada bulan April 2019.

Memang teruja sangat nak merasai pengalaman baru di Sea Life Malaysia. Apa tunggu lagi, dapat tiket korang sekarang. Habiskan masa hujung minggu yang berharga bersama seisi keluarga di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Untuk info terkini sila ikuti media sosial LEGOLAND® Malaysia Resort:

INSTAGRAM – LEGOLAND® MALAYSIA RESORT 

LEGOLAND® Malaysia Resort

7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia,
Nusajaya 79250 Johor Darul Takzim, Malaysia

Telefon: 07-597 8888

Loading

Related Posts

5 thoughts on “LEGOLAND® Malaysia Lancar Filem 4D Pertama di Dunia “LEGO® City 4D – Officer in Pursuit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!