Lunch di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli Taman Kempas Utama

Assalamualaikum..

Cerita dua minggu lepas, sesi makan tengahari bersama incik-incik boss. Jauhkan kami lunch. Sebenarnya singgah lunch sebelum kami ke office contractor untuk courtesy visit. Capt. Haji suggest makan di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli Cawangan Kempas. Ni kedai ex-classmate beliau.

Suasana dalam restoran.. kemas dah tersusun rapi. Sedap mata memandang.

Menu utama di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli ni of course lah asam pedas kan. Korang boleh pilih nak bahagian isi ke, ekor ke atau kepala. Juga ada pilihan hidangan bergoreng.

Pilihan hidangan lain aneka jenis hidangan sayur, hidangan sambal, hidangan telur dan aneka minuman. Sampai rambang mata nak memilihnya.

Bosses berbual, anak-anak buah duk bergambar haha. Baju hijau dua orang ni assistant Ummi. Yang pakai cap assistant baru aka pengantin baru. Baru expose dalam blog hahaha.

Makanan dah sampaia jom tengok apa yang kami makan.

Air Sirap Bandung Soda

Kami order satu jug. Tapi tak cukup menampung 6 gelas hehe. Kena order extra segelas lagi.

Asam Pedas Ikan Merah (Ekor)

Menu paling dinanti dah tiba. Ehhhhh.. mantap gilalah asam pedasnya uolls. Serious sedap! Kuah pekat bubuh pula dalam claypot. Sampai atas meja kami memang tengah panas menggelegak. Rasa asam pedas ni memang padu. Bau melekat kat tangan hehehe. Aduhaiii saat menaip ni pun Ummi rasa nak meleleh air liur.

Taugeh Ikan Masin

Taugeh Ikan Masin pun sedap. Taugehnya masih krup krap. Rasa macam jarang makan taugeha ikan masin, biasa goreng biasa tu je.

Rojak Tauhu

Rojak Tauhu ya ampun pun sedap.. kuahnya tu ada beza rasa dari kuah-kuah rojak lain. Sampai tahap nak licin makan kuah tua hahaha.

Telur Dadar

  Telur dadar macam biasalah rasa telur hahaha. Penambah selera makan.

Serious memang puas hatilah makan kat sini. Memang recommended! Patutlah Capt Haji ajak ke sini. Next time boleh ajak family Ummi menjamu selera kat sini. Lepas makan, kami sempat menunaikan solat zohor di sini. Surau yang luas disediakan di ground floor, jadi taka perlu bimbang terlepas waktu solat sebab syok sangata makan ya hehe.

Korang yang datang ke Johor Bahru, jangan lupa singgah makan di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli ni ya. Ada dua cawangan iaitu di Taman Mount Austin dan juga Taman Kempas Utama. Pepandai korang la nak pergi yang mana satu ya hehehe. Map Ummi dah tepek kat bawah tu.

G-07, Blok 4, Jalan Mutiara Emas 9/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.

68B & 68G, Jalan Kempas Utama 3/1, Taman Kempas Utama, 81100 Johor.

Waktu Operasi: 10am – 9pm

Untuk makalumat lanjut, boleh hubungi:
012-717 3477

Selamat menjamu selera! Ingat Ummi dalam setiap suapanmu itu.. ekeke.

p/s Kalau dapat pekena lagi asam pedas kat sini sebelum bersalin cun gak ek.. :p

704 total views, 2 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4646

2 thoughts on “Lunch di Restoran Anisofea Asam Pedas Johor Asli Taman Kempas Utama

Leave a Reply to kisahsidairy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!