Kelas Memanah di PEDETA -Traditional Archery Academy

Family's Activity Quality Time With Ilham

Kelas Memanah di PEDETA -Traditional Archery Academy | Assalamualaikum. Alhamdulillah 4 Jan 2019, Babah berjaya menamatkan Kursus Kejurulatihan PENDETA-ZAWRA di Kluang. Semenjak pertama kali berkecimpung dalam sukan memanah dan mewakili PTP ke Pertandingan Memanah tahun lepas dia dah mula jatuh cinta gitu. Tup-tup Babah beritahu yang dia join training ni. Nak jadi trainer katanya. Ummi support je as long as program tu mendatangkan kebaikan. Memang plan nak hantar anak-anak ke kelas memanah, tapi bila effort untuk tambah ilmu tu datang sendiri dari Babahnya, memang Ummi support 100%. At least lepas ni, Babah boleh la train anak-anak sendiri sambil-sambil tu Babah pun kena tambah ilmu.

Gambar sekitar Kursus Kejurulatihan PENDETA-ZAWRA di Kluang.

Alhamdulillah 12 Jan settled register dan kelas memanah pertama untuk Abang Ilham. Babah pun meneruskan misi menuntut ilmu dengan Coach Syah Rino. Kelas dua beranak ni setiap Sabtu malam Ahad. Selagi belum bersalin dan masih larat boleh la Ummi ikut jadi pom2 mak kat tepi.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Okmeidan PEDETA, di U Mall, Taman Universiti ni. Dah banyak kali tengok kawan-kawan bawa anak-anak ke sini. Tapi Ummi Babah masih belum berpeluang lagi. Kali ni alhamdulillah dah berjaya mendaftar sebagai student di PEDETA Archery (Personal Development Through Archery) Traditional Archery Academy.

Suasana sekitar ruang akademi.

Sebelum memulakan kelas, sesi solat jemaah bersama coach.

So far, feedback dari Babah dia memang suka sangat belajar dengan Coach Syah Rino yang humble dan beraura positif ni. Bukan sekadar belajar sukan memanah sebagai ibadah, ada juga terselit tazkirah sebelum dan sesudah kelas sebagai amalan kerohanian. Di PEDETA Academy, fokus utama adalah “personal development through archery”. Ummi rasa memang tak rugi lah penglibatan Babah dan anak-anak dalam sukan sunah ni. Doakan mereka istiqomah.

Ecehhhhh.. Abang Ilham baru nak test pakai quiver. Ehhh Ummi pun kena ambil tahu terms memanah sebab nanti nak soal Ilham sikit-sikit hehehe.

Hari pertama, Ustazah Nisa yang handle Abang Ilham sesi warm up katanya hehe. Coach Syah Rino handle Babah dan student-student senior.

Awala-awal ni masih kekok-kekok lagi. Baru Ummi perasan Ilham memanah guna tangan kanan hehehe.

Babah in action.. So far ok la Babah dah cuba banyak kali kan. Cuma kena improve lagi. Coach pun akan tegur mana-mana kekurangan.

Syamil baru acah-acah masuk kelas je. Bagi jamah-jamah pegang bow dan arrow kalau tak dia merajuk teruk. Itu pun mata dah merah berair dah.. dia cakap Babah tak bagi dia main pemanah. Ustazah Nisa bagi dia peluang lagi memanah juga. Dia punya bahagia tu terpancar sekali kat muka hehehe. Siap cakap hebat tak Syamil hehehe. Nanti adik dah besar baru join kelas ya. Sementara cinonet ni Babah je train.

Sebelum kelas berakhir, ada sesi penutup.

Gambar kenang-kenangan Ummi dan The Ilhams di kelas memanah pertama.

Korang yang nak bawa anak-anak ke sini boleh la baca info kat bawah ni ya. Harga pendaftaran kelas bulanan, fun archery semua ada. Kalau baru nak berjinak-jinak maybe boleh cuba untuk sesi fun archery dulu. Jom hidupkan sukan sunah!

Pendaftaran Kelas Bulanan
12 tahun ⬇️ RM90/sebulan
13 tahun ⬆️ RM120/sebulan

Harga Promosi Isnin – Khamis
RM10 – 20 arrows

Harga biasa
RM5 – 7 arrows
RM10 – 15 arrows
RM20 – 35 arrows

Alamat: U Mall Taman Universiti Skudai, Johor (berdekatan dengan Mr. DIY)

Isnin – Khamis

Waktu Operasi: 10am – 10pm

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Kelas Memanah di PEDETA -Traditional Archery Academy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!